PEJABAT ANWAR NAFI LAPORAN ASTRO, ANNUAR MUSA GELABAH BEWOK.

 

ANUAR MUSA MELATAH, MENGAPA?


Image may contain: one or more people and text

 

Apabila Astro Awani pasang serkap jarang, tiba-tiba  Anuar Musa melatah. Pejabat Ketua Pembangkang pun telah nafikan laporan serkap jarang oleh Astro Awani itu, tetapi Anuar Musa masih fobia.

 

Mengapa? Sebabnya Anuar bimbang kerajaan pintu belakang ini akan tumbang bila-bila  masa. Ibarat rumah yang dibina tak kukuh tiang serinya, bila terdengar guruh dilangit maka kelam kabut bimbang rumah itu roboh.

 

Jelas di sini, kerajaan yang ada memang tidak kukuh dan amat lemah. Anwar Ibrahim batuk saja, pakat menggelabah belaka.

 

Anuar Musa pun sudah ragu-ragu  dengan pemimpin Umno. Dia cuba mempertahankan Muhyiddin sekuat-kuat nya kerana dia tahu jatuhnya Muhyiddin maka hilanglah nikmat beliau sebagai menteri.

 

WFAUZDIN NS

 

No comments: