Meminta maaf kepada manusia tidak sama dengan istighfar.
Istighfar ialah meminta ampun kepada Allah. Meminta maaf kepada
manusia ialah kepada makhluk.
Memperbanyakkan istighfar dituntut dalam agama. Meminta maaf
kepada makhluk jika tidak bersalah tidak dituntut walaupun mungkin baik jika
ingin memperbaiki ukhuwwah sesama manusia. Menjadi pelik pula jika
memperbanyakkan minta maaf kepada makhluk sedangkan dia tidak bersalah.
Kelebihan memperbanyakkan istighfar meluaskan rezeki *manakala
memperbanyakkan minta maaf kepada orang lain belum tentu menjadi exco*.
Moga netizen jelas perbezaan ini. Terima kasih.
Dr Rozaimi Ramle