RUNDING BOLEH TAPI JANGAN BAYAR....BUKAN AMBIL DARI KEDAH....

 

P Pinang sedia runding tuntutan caj air Kedah

Sungai Muda mengalir melalui Kedah dan Pulau Pinang dan membentuk sempadan antara dua negeri. (Gambar PBA)

BATU KAWAN: Kerajaan Pulau Pinang terbuka kepada perbincangan berkaitan pampasan RM50 juta setahun caj air mentah, sebagaimana dituntut kerajaan Kedah.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, kerajaan Pulau Pinang sememangnya menyokong usaha Kedah untuk mendapatkan pampasan daripada kerajaan persekutuan memandangkan isu sumber air mentah adalah bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

“Saya rasa rakyat tidak mahu melihat kedua-dua negeri melakukan ‘perang mulut’ dalam media tetapi berharap agar satu perbincangan diadakan…jadi, saya rasa lebih baik rundingan diadakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan kilang baharu Iconic Worldwide Bhd.

Beliau berkata, Pulau Pinang hanya mengekstrak sumber air mentah dari Sungai Muda di bahagian sempadan negeri sejajar dengan undang-undang dan hak antarabangsa.

Chow berkata, beliau sudah membincangkan isu tersebut dengan menteri alam sekitar dan air di Putrajaya Oktober lalu dan menteri berkenaan menyatakan agenda penting dalam kementerian memastikan semua negeri mendapat sumber air mentah yang mencukupi.

Rabu lepas, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan mengemukakan beberapa tuntutan secara bertulis kepada kerajaan Pulau Pinang menuntut caj air mentah kira-kira RM50 juta setahun.



No comments: