RAFIZI TAK AKAN KEMBALI KE MEDAN POLITIK

 

MD ZULAIMI KAZIN

Rafizi announces he is quitting politics | The Star



Terlebih dahulu saya minta maaf kepada peminat dan penyokong RR, sesungguhnya saya juga pengkagum RR dan Invoke yang digerakkan RR.

Gaya RR bekerja mendedahkan semua isu dgn fakta dan tepat menyebabkan kerajaan Umno panas. Saya rasa sukar nak cari pemimpin politik yg cerdik dan dedikasi spt RR.

Isu lembu Fedlot, Tabung Haji, Felda dan byk lagi bila RR bawa ke parlimen dan pentas politik amat meyakinkan dan dilihat RR regu terbaik kpd DSAI dlm PKR. Namun, fahamilah... setiap orang ada kelemahanya dan orang hebat macam RR ini, "kalah" itu adalah kelemahanya. Apa isu yang beliau bawa semua RR menang bahkan beliau tidak rasa takut untuk dipenjarakan. Tapi bila dia kalah semasa pemilihan PKR sedangkan dr awalnya beliau dijangka menang besar, itu yg menyebabkan RR terasa bhw apa yg dibawa selama ini ditolak oleh ahli PKR sedangkan Azmin yang tak buat apa-apa itu pula diberi kemenangan oleh ahli PKR.

Hati beliau terasa sakit dengan kekalahan ini dan mula mengaktifkan invoke sebagai syarikat perniagaan dan beliau sduha berjaya sekarang bersama Invoke. Saya yakin ramai sudah yang datang pujuk termasuk pimpinan tertinggi PKR sejak pengkhianatan Azmin dan masa itulah waktu yang terbaik untuk beliau sarungkan jaket pimpinan PKR yg sblm ini beliau dilantik sbg Naib Presiden PKR ygan disanggah oleh Azmin... tp RR masih berada diluar.

RR nak menghukum ahli2 PKR yg tolak beliau masa pemilihan dulu dan sbg seorang bks pemimpin kanan PKR, egonya tetap menolak selagi ahli PKR keseluruhanya belum membuat keputusan baru dan melantik beliau secara sah dalam pemilihan sebagai Timbalan Presiden PKR. Hatinya amat terbeban dgn penolakan pemilihan lepas.

Maka, saya tidak nampak RR akan kembali begitu shj ke dalam PKR atau kekal dgn keputusan terus bersara dalam politik. Ahli politik lain sukar nak buat, sebut nak bersara tapi  pantang ada peluang sarung jaket balik tapi RR bukan sebarang ahli politik.

 

No comments: