TOLONG JANGAN "OVER EXCITED" ATAU "PANCUT AWAL" TAPI DOAKAN YG TERBAIK.

 

1) JIKA anda telah membaca apa yg saya tuliskan semalam dalam Artikel bertajuk : KE MANA ARAH POLITIK PAKATAN HARAPAN? mungkin anda akan perasan apa yg saya sentuh secara ringkas pada Perkara 4) dalam artikel itu. Lihat Screenshot atau Link : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1045825349255182&id=100014831801916

2) "Serangan-serangan pihak luar" terhadap DSAI ada kaitan dgn hal ini kerana mereka telah terhidu peluang DSAI. Hari ini kita dah terima "khabar angin" ini disiarkan oleh "News Portal" meskipun saya menjangkakan hari Isnin akan datang, berita ini akan pecah.

3) DSAI sebenarnya mempunyai sokongan jauh lebih byk dari yg "simple majority" yg disebutkan itu. Apapun....TOLONG jangan "OVER EXCITED" mahu pun "Pancut Awal". Saya bimbang jika usaha ini gagal maka DSAI akan dikutuk, dihentam dan dimaki hamun oleh penyokong PH sendiri.

4) Oleh itu kita MESTI kekal FOKUS ke PRU15 jika harapan ini tidak berjaya direalisasikan. Jangan sesekali kecewa kerana kita hanya kembali ke "Status Quo". PH sememangnya Pembangkang yg berwibawa. Oleh itu doakan yg baik-baik utk DSAI dan PH.

5) Cuma saya nak ingatkan JIKA DITAKDIRKAN ini berjaya, TSMY dan KERAMITA PN tumbang lalu DSAI berjaya ambil alih, maka ini adalah KEJAYAAN AWAL Politik Konsolidasi. Meskipun ia adalah sementara, parti-parti kecil harus fikir semula kedudukan mereka di PRU15 ANDAIKATA UMNO BN enggan leraikan "ikatan" ini. Who knows JIKA UMNO BN tetiba selesa bekerjasama dgn PKR dan DAP sambil mahu menerima perubahan demi perubahan sehingga tahun 2023? Bukankah hidayah itu milik Allah?

6) Itu hanya sekadar pandangan dan hipotesis akan KEBERANGKALIAN yg boleh berlaku di masa hadapan. Namun... AWAS bagi mereka yg kerap menyerang dan terlalu "Hostile" dgn DSAI serta PKR. Anda akan ketinggalan dalam arus Landskap Politik yg baru.

Wallahualam.

- Zus Din

12 Disember 2020

**************************************

ANWAR DIKHABARKAN AKAN MENGHADAP AGONG, KEMUKA BUKTI 113 SOKONGAN

NURUL HUDA HUSAIN | | 12 Disember 2020

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikhabarkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi untuk mengemukakan bukti bahawa beliau kini mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi dari kalangan ahli Dewan Rakyat.

Menurut laporan Astro Awani, Ahli Parlimen Port Dickson itu dikatakan sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).

Perkembangan terbaharu itu juga menyaksikan Anwar yang juga Ketua Pembangkang sekali lagi mempunyai peluang untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber dalaman PKR turut memberitahu, dengan adanya jumlah sokongan itu, Anwar dikatakan dalam proses memohon perkenan menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara.

"Bagaimanapun ia tertakluk kepada jadual Tuanku Baginda,” kata sumber itu.

Sementara itu, seorang pegawai menteri memberitahu, usaha terbaharu Anwar itu bukan sekadar khabar angin.

“Dengarnya usul itu akan cuba digerakkan sebelum Dewan Rakyat tamat pada Khamis depan (17 Disember 2020).

“Berkemungkinan Anwar akan umum perkara ini esok atau lusa. Tetapi kami dengar ia akan berlaku sewaktu '3rd reading Budget' (Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021), hari Selasa. Heard this time with SDs (kali ini dengan SD),” katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/.../Anwar-dikhabarkan-akan...

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

 

No comments: