Saya mengambil maklum dan menjunjung tinggi titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mutakhir ini memberi gesaan terkait salahguna kuasa, rasuah dan percaturan elit politik.
Saya fikir bahawa ia tidak hanya terbatas pada situasi politik di Perak, malah di peringkat Persekutuan juga.
Saya berpandangan bahawa reformasi institusi harus segera digerakkan bagi memungkinkan sebuah tatakelola yang baik dan bertanggungjawab serta tidak mengkhianati amanah dan mengabai kepentingan rakyat.
Kita juga harus dengan tegas menolak amalan kerendahan akal budi dan adab budaya termasuk terhadap Tuanku Sultan Perak.
Menjunjung kasih titah Tuanku Sultan Perak agar negara ini harus kembali ke landasan serta garis besar perjuangan dan mengembalikan keabsahan, dan segera menghentikan imej serta gelagat ahli politik yang rakus dan tamak haloba.
ANWAR IBRAHIM
13 Disember 2020.