SELAMAT DATANG WARISAN KE SEMENANJUNG DAN PH TETAP BERSAMA ANWAR



Khabarnya, Warisan dari Sabah berhajat untuk ke Semenanjung.  Ini satu berita baik selepas Warisan tumbang di PRN Sabah, baru mereka sedar bahawa cogankata "Sabah untuk orang Sabah" itu tidak laku lagi di era moden sekarang.

Sewaktu PRN Sabah baru2 ini, begitu lantang Shafie Apdal melaungkan " jangan izinkan campurtangan Kuala Lumpur (Semenanjung) terhadap Sabah".  Akhirnya, parti berakar umbi di Semenajung juga tetap memerintah Sabah.  Mengapa?  Sebab, rakyat Sabah sudah bijak dan mereka tahu Shafie Apdal hipokrit.  Shafie Apdal pun dipandu oleh orang Semenanjung iaitu Tun Mahathir.  Sikit2 mengadu pada Mahathir.  Anwar minta kerusi lebih untuk Keadilan bertanding pun dia mengadu kepada Mahathir.  Najib landing kat Sabah pun dia mahu report kepada Mahathir.  

Orang Sabah tahu Shafie ini 'remote control" nya ada di tangan Mahathir.  Sebab itu Warisan tumbang di Sabah.  Maka, tidak pelik kalau Mahathir arahkan Warisan turun ke Semenanjung pula.  Kita mahu lihat Warisan hilang deposit di sini.  

Satu perkara lagi, saranan Shafie agar PH tukar ketua di mana Anwar perlu digantikan baru boleh PH menang dalam PRU akan datang, saya fikir Shafie tidak layak menentukan siapa pimpin PH.  Masuk akalkah Anwar yang di bawahnya ada puluhan MP Keadilan, Dap dan Amanah yang mengangkat beliau sebagai ketua mahu digantikan?  Siapa layak?  Mahathir yang di bawahnya ada 4 ketul MP atau Shafie sendiri yang hanya ada 11 orang MP?  Lagi pun, Shafie dan Warisan bukan rakan dalam PH.  Elok duduk diam-diam dan perkuatkan Warisan di Sabah dulu sebelum berangan untuk ke Semenanjung.

Rakyat majoritinya memilih PH pada PRU14 dahulu kerana ketokohan Anwar Ibrahim.  Bukan kerana Mahathir yang baru muncul setahun sebelum PRU, jauh sekali Shafie yang turut menumpang tuah semangat kebangkitan rakyat di Semenanjung ketika itu.  

Sekali lagi, kita alu-alukan kehadiran Warisan di Semenanjung.  InsyaAllah, PH terus istiqomah, susah dan senang bersama.  Anwar Ibrahim adalah pemimpin kami.  ANWAR FOR MALAYSIAN.  


WFAUZDIN NS