Anwar Ibrahim perlu terus pimpin PH.Pengganti dikenalpasti sekarang.



1.GERAK98 menolak sebarang usaha menggantikan Dato Seri Anwar sebagai Ketua PH.


2.GERAK98 percaya usaha ini dilakukan oleh musuh2 reformasi  yang mahu melemahkan agenda reformasi dinegara  ini.


3.GERAK98 menyeru pimpinan dan ahli2 parti2 PH tidak terjerumus menjadi alat kepada musuh2 reformasi ini.


4.Rekod dan fakta jelas menampilkan Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang paling komited dan berkeupayaan membawa agenda reformasi dan mampu melakukannya berbanding dengan pemimpin2 lain samada didalam atau diluar PH.


5.Dalam masa yang sama, GERAK98 menggesa PH khususnya PKR mengambil langkah proaktif mengangkat tokoh muda reformis untuk menjadi pelapis dan pengganti kepada kepimpinan sediaada.


6.GERAK98 mencadangkan Naib Presiden parti, YB Nurul Izzah Anwar diangkat sekarang menjadi Timbalan Presiden parti dan memainkan peranan utama didalam PH.


7.Nurul Izzah Anwar adalah Naib Presiden paling kanan parti yang dipilih oleh ahli2 parti.Beliau bukan dilantik oleh Presiden Parti.Makanya tidak timbul samasekali soal nepotisma.


8.Dalam menghadapai PRU15 yang boleh berlaku bila2 masa, sbg Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah wajar mengetuai jentera praya parti dan PH.Beliau mempunyai cukup pengalaman menggalas tugas penting dan menentukan ini.


9.Tentunya Nurul Izzah akan diperkuat dengan tenaga2 muda lain spt Rafizi Ramli(sekiranya beliau kembali aktif) Shamsul Iskandar Mat Akin, Farhash Salvador dan ramai lagi pemimpin2 muda didalam PKR dan PH.


10.GERAK98 yakin penonjolan pemimpin2 muda faktor penting dalam PRU15 dan kehadiran Anwar Ibrahim mengepalai PH sebagai calon PM masih merupakan faktor utama kemenangan reformasi yang sebenar dan  mutlak dalam PRU15 nanti.


11.Sekali lagi GERAK98 ingatkan agar setiap pejuang reformasi dalam dan luar parti dan PH tidak terperangkap dengan agenda musuh reformasi yang mahu melemahkan gerakan reformasi dengan menidakkan peranan Anwar Ibrahim buat kesekian kalinya.


Sekretariat GERAK98

12.12.20 / 27 Rabiulakhir 1442H



No comments: