1,937 kes dalam tempoh 24 jam, 9 kematian

 

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 1,937 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan Selangor melaporkan 823 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 86.8% kes di Selangor daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif yang giat dijalankan di lapangan.

Sabah melaporkan bilangan kes kedua tertinggi, iaitu 429 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 238 kes.

“Perlis dan Putrajaya tidak merekodkan sebarang kes baru hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Daripada keseluruhan kes harian, sebanyak 1,935 kes penularan tempatan manakala bakinya kes import.

Ketika ini sebanyak 13,751 orang sedang dirawat, dengan 121 berada di ICU dan 66 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan sembilan kes kematian,” katanya, dan menambah mangsa berusia antara 33 hingga 84 tahun, dengan seorang perempuan.

Kes kematian dilaporkan di Sabah (4 kes); Johor (3 kes); Selangor (1 kes) dan Pulau Pinang (1 kes).

Sementara itu, 911 pesakit dilaporkan sembuh.

No comments: