1. Pelik juga cara Menteri Undang-Undang tafsir makna majoriti. Saya rasa pelajar tahun satu undang-undang pun pening dengan tafsiran beliau. Saya tak pasti adakah YB ini keliru atau memang beliau tak tahu atau beliau tahu tapi tak mahu berkata benar?
2. “Majoriti” sudah tentu merujuk kepada majoriti ahli Dewan keseluruhannya. I think this is too elementary. This is definitely the true meaning of majority duly envisaged in our supreme law i.e the Federal Constitution. Maknanya majoriti dari 222 ahli dewan rakyat bersamaan 112 orang ahli parlimen. Titik.
3. Majoriti dapat undi masa belah bahagian itu lain lah YB. Jika dalam pengundian bajet misalnya Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT dapat 107 undi manakala pembangkang dapat 100 undi, ya itu majoriti tapi ia BUKAN undi majoriti keyakinan ahli dewan seperti yang digambarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Itu hanyalah undi majoriti menang undi ketika proses undian. Ia berbeza sama sekali dengan ” votes of confidence” ahli dewan. Come on YB.This is too elementary ! Do i have to educate you this rudimentary lesson of constitutional law ? Do i have to give you a book ” a constitutional law for dummy?”
4. Sedarkan YB jika ikut tafsiran pelik YB itu, andaikata semasa pengundian, hanya ada 30 orang ahli parlimen di dalam dewan dan Gomen Tebuk Atap yang KHIANAT dapat 16 undi manakala pembangkang pula dapat 14 undi, adakah YB ingin katakan 16 undi itu menggambarkan kepercayaan majoriti ke atas PM tebuk atap dari 222 keseluruhan ahli Dewan?
May sanity prevail !