PARTI AGAMA BUKAN BERJUANG UNTUK JAWATAN.MELAINKAN DAKWAH DAN ISLAM

Cerita politik sikit pagi ini...

Hamdan Taha

 1. Isu Exco Perak dari parti yang ahlinya para ustaz ulama dan ilmuan. Apabila lima lantikan yang hanya ada empat dari umno dan satu dari bersatu kemana dari parti Pas ? Maka pesuruhan jaya nya pun buat kenyataan harap MB tak lupa jawatan Exco untuk Pas (kenyataan ini boleh sahaja cari di semua link media supaya ahli pas tidak kata saya fitnah pula) 

 Berapa lama pas dalam ceramahnya menyebut kepada umum bahawa pas berpolitik kerana usaha dakwah. Pas masuk pilihanraya kerana dakwah bukan soal menang atau kalah. Jawatan ikut pandangan Pas bukan untuk di minta minta. Tetapi sekarang keadaan sudah bertukar. Saya sendiri semasa berjumpa Ku Li sebelum kerajaan PN terbentuk di sebut bahawa antara pemintaan Pas ialah presiden di lantik duta bertaraf menteri untuk menjaga timur tengah. Di kalangan pimpinan tahu perkara ini semua....

 Pas kelam kabut buat kenyataan minta maaf kepada sultan perak secara terbuka oleh pas negeri dan presiden mereka kelam kabut hantar surat ke sultan untuk berjumpa. Sultan perak dari tahun 2009 lagi telah di belasah teruk semasa itu dan kali ini di belasah lagi....

 Ini lah penangan kuasa....parti islam jadi kelam kabut....

 Kisah ke dua isu MB kedah yang cara jawap di depan media sebiji macam aruah MB lama Kedah dari Pas ustaz azizan tapi MB ini lagi luarbiasa mantic nya....

 Isu air ke penang dan pertelagan dua negeri ini secara terbuka dan hujah hujah di gunakan sangat melucukan. MB punya hujah penang kena bayar kerana sumber air itu dari kedah....Penang pula kata sumber air itu setelah mengalir ke penang sudah tentu lah dah jadi hak penang. Mb dan ahli pas kata kerana saya baca harakah ahli pas setuju dengan MB kedah....kedah sepatutnya alihkan sungai tu supaya tidak mengalir ke penang....

 Air ni hak Allah untuk kegunaan manusia,haiwan dan tumbuh tumbuhan. Betul lah penang di perintah oleh Dap tapi tak kan lah kerana itu Pas sanggup berbuat sesuatu perkara kerana politik dan menyusahkan jutaan manusia yang lainnya. 65 tahun Pas ceramah kata UmNo kejam terhadap kelantan kerana menyekat peruntukan kepada kelantan....apakah jika kena ke Pas itu kejam...jika kena ke parti lain....ini tuntutan islam...atau ini lah cara islam memerintah....

 Jika sungai itu bole di alih....kemanakan nak di alihkan....bagaimana pula jika penang ambil sikap sekat orang kedah dari datang ke kuala lumpur kerana mengunakan tanah penang....apakah cara politik jenaka dan kenyataan kenyataan bodoh ini cara islam dan cara dakwah....saya jadi keliru....

 Saya pun tak suka Dap dan beberapa pemimpinnya tapi serangan serangan yang di buat oleh MB kedah bukan terhadap Dap sahaja MiC pun di jadikan musuh tegar mereka...sehingga Mic buat kenyataan menyerang MB kedah dan di jadikan musuh utama mic pula.....ini tidak menarik buat parti islam....

 Bulan ini pas kelihatan parti yang hilang punca...dan kenyataan pula berubah rubah...semuanya kerana pas jadi penyokong azmin ali

 


No comments: