Tuesday, February 4, 2020

Jika ada Walaun yang sibuk, pasal Manifesto PH, suruh mereka baca posting ini..




Mohd Shah Rim

Jika ada Walaun yang sibuk, pasal Manifesto PH, suruh mereka baca posting ini..

MANIFESTO PAS DAH TUNAI?

SAAT ini 90% manifesto PAS belum lagi terlaksana di Kelantan dan Terengganu antaranya:

1. Jika menang PRU14 di Terengganu akan laksana Hukum Hudud

2. Pemberian Tanah sebanyak 2 ekar seorang kepada Persara Tentera (Kelantan dan Terengganu)

3. Pemberian rumah mampu milik kepada rakyat miskin tegar (Kelantan dan Terengganu)

4. Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri

5. Bantuan RM100 sebulan kepada warga emas

6. Menghapuskan cukai pintu rakyat Kelantan

7. Bayaran saguhati sebanyak RM10 ribu kepada keluarga yang ditimpa musibah

8. Pendidikan percuma kepada rakyat Kelantan

9. WiFi percuma kepada rakyat Kelantan

10. Penghapusan bayaran caj letak kereta di seluruh Majlis Perbandaran di Kelantan.
Malah pada 25hb Julai 2019 MPKB-BRI telah laksanakan kaedah Kepit Tayar (clamping) di mana projek tersebut diberikan kepada pihak swasta Syarikat Vista Summerose Sdn. Bhd.

11. Air paip yang bersih dan terawat (majoriti penduduk Kelantan yang putus harapan dengan Air Kelantan telah menggunakan kaedah 'air tebuk' / telaga tiub) semenjak tahun 2000) Isu ini juga menjadi penghalang kepada pelabur luar DAN perlancongan, terutama sektor perhotelan & pelbagai Taman Tema untuk melabur di Kelantan
Kelantan juga terpaksa mengimport bekalan air terawat daripada Terengganu untuk industri perikanan di Semerak, Bukit Yong dan Tok Bali. Isu bekalan air terawat juga menjadi faktor yang utama bagi para pelabur membuat pelaburan hartanah di Kelantan

12. Tambatan Banjir Kota Bharu - sehingga kini masih belum dilaksanakan

13. Stadium negeri yang baru dan canggih. Belum ditunaikan oleh kerajaan PAS

14. Pelabuhan Tok Bali

15. AFTA City di Rantau Panjang

16. Pelabuhan Pantai Seri Tujuh, Tumpat

17. Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian

18. Projek Agro Tourism di Pergau, Jeli

19. Pusat Bandar Baru Pengkalan Kubor

20. Pelabuhan Darat di Kuala Krai

21. Petrokimia City, di Bachok.

22. Eco - Tourism City di Danau Tok Uban, Pasir Mas

23. Jambatan ke-3 Sungai Kelantan, iaitu Palekbang - Kg. Cina yang dijanjikan dari tahun 1996 lagi. Batu asas sahaja yang terbina.

24. Pembangunan Lembah Sireh di Kota Bharu. Di mana kerajaan Pas telah serahkan tanah seluas 1,000 hektar bersamaan dengan 2,471 ekar kepada sebuah syarikat pada tahun 2003

25. Masjid Baru di Kampung Sireh.

26. Jambatan Baru Di Kampung Sireh.

27. Stadium Mini Tertutup Wanita di Kota Bharu.

28. Tembatan Banjir di sepanjang Koridor Sungai Golok.

29. Lebuh Raya Rakyat, Machang - Kuala Krai sejauh 30km yang bernilai RM550 juta yang gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pas. Lebuh Raya Rakyat tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan Negeri Pas pada Mac 2018 dan kutipan sumbangan rakyat Kelantan sebanyak RM3.2 juta tidak tahu kemana.

30. Pembangunan Bandar Baru Islam di Tok Bali seluas 140 hektar diberikan kepada syarikat swasta, Aimfora Holdings Sdn Bhd.

31. Masjid Baru di Tok Bali

32. Pusat Keewangan Islam di Tok Bali.

33. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu. Sehingga kini kerajaan Pas Kelantan gagal selesai isu pengambilan tanah penduduk tempatan.

34. Projek Solar Park di Danau Tok Uban seluas 80 hektar yang kerajaan Pas berikan tanah kepada syarikat swasta.

35. Projek Bachok Perdana. Tanah PKINK seluas 10 hektar diberikan kepada syarikat swasta untuk dimajukan pada tahun 2013.

36. Kegagalan menangani hakisan pantai di Pantai Cinta Berahi atau Pantai Cahaya Bulan. (PCB).

37. MPKB - BRI dan kerajaan negeri yang gagal tangani kebersihan bandar.

38. Kegagalan Kerajaan Negeri menyediakan 5,000 rumah mampu milik kepada rakyat Kelantan.

39. Projek Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Lojing.

40. Kegagalan kerajaan negeri mengekalkan pelbagai kilang asing supaya kekal di Kelantan. Akibat kekurangan pelbagai kemajuan infrastruktur serta insentif menarik daripada kerajaan negeri dan dasar tidak mesra pelabur parti Pas.

Dalam tempoh 28 tahun sebanyak 250 kilang menutup operasi serta berpindah ke pelbagai negeri lain. 20,000 pekerjaan kepada rakyat Kelantan hilang akibat kesan penutupan kilang tersebut.

41. Projek Pembangunan Jalan Gajah Mati.

42. Projek pembangunan Lundang.

43. Projek Pembangunan Wakaf Mek Zainab.

44. Projek Bandar Baru Tunjong. Tanah milik kerajaan negeri seluas 2,000 ekar. Gagal dilaksanakan kerajaan negeri. Kini kes saman oleh pihak Bank menanti.

45. Projek Batutta Ville di atas tanah milik MPKB - BRI di jalan Telipot (kawasan Elitis Kota Bharu). Pada tahun 2010. MOU disaksikan oleh Exco Yb Takiyuddin.

46. Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh. Projek MPKB - BRI bersama syarikat swasta. Pembangunan sebanyak 5 Fasa. Fasa 4 & 5 terbengkalai.

47. Projek Madinatur Raudhah di atas tanah milik kerajaan negeri sebelah di Jalan Sultan Ibrahim di Kota Bharu. Tanah secara kontra basis.

48. Projek MPKB - BRI Highrise Tower di atas tapak pasar lama Arked MPKB di Kota Bharu.

49. Projek Bazaar Tok Guru - Kota Bharu. Tapak asal IPD Kota Bharu. Gagal dimajukan serta gagal juga menjadi tempat yang popular di Kota Bharu berbanding di tempat lama Arked MPKB. Tingkat 1 sahaja dipenuhi peniaga. Tingkat 2 dan 3 kosong. Peniaga banyak yang rugi dan bungkus. Pelan layout pun hancusss... Aduhaii

50. Projek Airport City di Pengkalan Chepa milik MPKB - BRI. Seluas 200 ekar. Kegagalan kerajaan Pas Kelantan.

51. Projek Kandis Eco Tourism Bachok seluas 7 ekar. Gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kelantan..

Jadi, kena kencing atau tak ni?😅😅



No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers