Deklarasi Titiwangsa 2019: Ke arah liputan kesihatan sejagat (Malay/English)



Deklarasi Titiwangsa 2019: Ke arah liputan kesihatan sejagat (Malay/English

By
 Aliran admin
 -

5 Feb 2020




A long queue waiting at the crowded Penang General Hospital
 Kami, para pemimpin dan pewakilan setiap badan professional setiap persatuan saintifik, setiap badan pertubuhan kemasyarakatan, setiap agensi dan jabatan kerajaan, setiap entiti swasta yang berpandu keuntungan dan rakyat Malaysia dan para rakyat umum dari serata mukabumi ini, yang mengambil bahagian dalam Healthcare Financing and Delivery Reform towards Universal Health Coverage Forum for Malaysia di Kuala Lumpur pada 15 Jun 2019,
MENGAMBILKIRA tema-tema pengarkaan dan asas yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tahun 1946 dan dikemaskini 2014,
DIILHAMKAN dari aspirasi murni 17 Matlamat Pembangunan Mampan bagi Agenda 2030 (Sustainable Development Goals of Agenda 2030) untuk pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (sustainable development of the United Nations) yang ditekadkan pada 2015,
PENGUKUHAN kesemua prinsip dan komitmen yang telah dinyatakan di dalam Deklarasi Astana pada 2018 adalah begitu istimewa dan berwawasan,
MEMBAYANGKAN suatu sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia yang menjaga seluruh masyarakat dengan mengutamakan, mempromosi dan melindungi kesihatan dan kesejahteraan manusia; berperikemanusiaan, menyeluruh, berkualiti tinggi, mudah dapat, mampu milik dan mampan; disediakan dengan penuh rasa simpati, hormat dan bermaruah oleh para pengamal perubatan cukup terlatih dan amat bersemangat; dan menampung persekitaran yang mendorong di mana semua manusia dan komuniti akan diberikan hak dan akan dilibatkan dalam usaha mempertingkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka, dan
DEMI liputan kesihatan sejagat (universal health coverage), diisytiharkan:
1. Bahawasanya kami menegaskan komitmen kami yang berterusan pada hak-hak asasi kemanusiaan bagi setiap insan di Malaysia kepada setinggi-tinggi tahap piawaian kesihatan dan kesejahteraan, tanpa sebarang halangan mahupun apa-apa jenis pembezaan yang dinyatakan dalam nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang tersemat dalam kedaulatan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak-hak Asasi Manusia Sejagat 1948, terutamanya keadilan dan perpaduan perkhidmatan kesihatan.
2. Bahawasanya kami yakin kesihatan sebenarnya menjangkaui semata-mata kesejahteraan fizikal, mental dan sosial seorang individu; ia turut menjurus kepada modal kesihatan (health capital) yang penting kepada pembangunan masyarakat dan negara di Malaysia, sejajar dengan prinsip-prinsip sejagat bagi keadilan, perpaduan dan kemakmuran. Kami berpegang bahawa liputan kesihatan sejagat mencapai bukan sahaja kebaikan bio-psiko-sosial kepada setiap individu, malahan juga suatu kebaikan awam yang lebih menyeluruh yang membawa kepada keharmonian dan ketahanan sosial, dan
3. Bahawasanya sungguhpun berlaku kemajuan natijah-natijah kesihatan yang luar biasa di Malaysia semenjak Kemerdekaan pada 1957, beberapa keperluan kesihatan masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya terutamanya yang melibatkan kalangan miskin (bandar dan luar bandar) dan orang-orang yang berada dalam situasi mudah terjejas. Atas sebab­ sebab etika, kemanusiaan, politik, sosial dan ekonomi, kami berpegang bahawa ketaksamaan akses dan perbezaan natijah-natijah akan tetap wujud dan kedapatan pertambahan bilangan dari kalangan kita yang tidak dapat lari dari menjadi jatuh miskin kerana menanggung bayaran untuk kesihatan, hidup tidak menentu di bawah ancaman kemusnahan kewangan akibat daripada permasalahan kesihatan.
Dengan mengambil kira Deklarasi tersebut. kami bertekad untuk:

1. Memenuhi liputan kesihatan sejagat

dengan pengukuhan sistem kesihatan primer melalui infrastruktur dan insentif yang bersesuaian;
dengan kaedah telus melakukan promosi kepada awam, peningkatan, pencegahan, rehabilitasi dan penjagaan paliatif dan bukan hanya penjagaan perawatan semata-mata;
dengan menghapuskan segala bentuk halangan kepada akses, sama ada halangan fizikal, mental, budaya, institusi mahupun emosi;
dengan memanjangkan perlindungan fizikal, infrastruktur dan kewangan kepada seluruh populasi bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi dan kos-berkesan pada masa yang bertepatan;
sehinggakan sebarang perubahan untuk mencapai liputan kesihatan sejagat mestilah benar-benar berlandaskan sains yang praktikal dan mampan, yang mana sebenarnya memerlukan konsultansi yang mendalam, telus dan bermakna bersama dengan para pengamal perubatan di pelbagai peringkat dan juga di semua sektor;
juga melalui kaedah yang teliti, merekayasa bayaran akses perkhidmatan kesihatan agar dapat pada masa yang sama menghalang kesempitan kewangan, menjamin kadar kebergantungan kesihatan yang bertepatan serta menjamin kesihatan fiskal nasional untuk jangka masa panjang
yang menjurus kepada populasi yang sihat dan lasak tanpa menyebabkan sesiapa pun yang keciciran di mana-mana bahagian perkhidmatan kesihatan yang lestari,

2. Memberi kuasa kepada individu dan komuniti

dengan memberi sokongan yang berterusan kepada individu, keluarga, komuniti dan masyarakat keseluruhannya supaya mengambil bahagian dalam membuat keputusan dan pengurusan keperluan penjagaan kesihatan masing-masing;
dengan secara aktif dan pasif mempromosi pengetahuan kesihatan terutamanya kepada populasi yang kurang perhatian, yang diperlukan untuk mempertingkatkan kesihatan mereka ataupun kesihatan orang yang mereka jaga;
dengan mengilhamkan sebuah perasaan pemilikan kesihatan dan kesejahteraan diri secara peribadi dan komuniti, dipandu oleh para pengamal perubatan profesional yang penyayang dan berpengetahuan;
dan juga dengan menggalakkan perasaan kebergantungan kepada diri­ sendiri ataupun berdikari untuk kesihatan namun mempunyai perpaduan yang setara dengan komuniti kita, kerana kesihatan mempuyai terlalu banyak perhubung-kaitan untuk diasingkan kepada seorang individu, dan

3. Keadilan perkhidmatan kesihatan dan sosial

dengan berterusan menjamin dan menampung sumber-sumber yang mencukupi melalui pelaburan yang lebih besar dalam perkhidmatan kesihatan dari kalangan perwakilan negeri dan bukan negeri;
dengan tanpa berasa belas mengurangkan ketirisan dalam bentuk ketidakefisienan, korupsi, pembaziran, penipuan dan penyalahgunaan;
dengan menyatukan para penggubal kesihatan dan penggubal kewangan dalam persekitaran dengan kecenderungan yang sama iaitu “kesihatan suatu pelaburan” (health as investment) dan pengagihan sumber-sumber yang berpatutan;
dengan sewajarnya menggubal kaedah pembuatan keputusan yang bersandarkan kos berkesan dan bukti di pelbagai peringkat pentadbiran kerajaan;
dengan tidak hanya menumpu kepada cabaran-cabaran masa kini seperti penyakit-penyakit tidak berjangkit tetapi juga menitik berat cabaran masa mendatang seperti penjagaan penuaan, perubahan iklim dan pergolakan teknologi.
Berpegang kepada kesemua komitmen tersebut, kami menegaskan sekali lagi tanggungjawab yang abadi oleh pelbagai peringkat kerajaan dalam melindungi dan mengetengahkan kepentingan setiap orang untuk menikmati tahap piawaian kesihatan setinggi yang boleh.
Kami memahami bahawa liputan kesihatan sejagat tidak hanya memerlukan percaturan penentu-penentu kesihatan bio­ psiko-sosial tetapi juga penentu-penentu ekonomi dan persekitaran.
Maka, kami memaklumi keperluan keputusan politik yang berani menggunakan kaedah masyarakat menyeluruh supaya polisi-polisi liputan kesihatan sejagat terukir di dalam semua pewakilan negeri dan bukan negeri dalam erti kata persekitaran pelbagai sektor dan trans disiplin yang sebenarnya.
Kami menyeru kesemua pemegangtaruh supaya dapat bergabung bersama-sama dalam mencapai kesemua komitmen yang telah termaktub di dalam deklarasi ini, berlandaskan semangat kebersekutuan, kepemurahan dan keazaman.

No comments: