Najib hanya tahu menipu?
Tulisan FB Najib Razak meneruskan amalan menipu beliau. Mari kita kupas penipuan Najib:
1. “Harga minya RM1.50” – PH tak pernah berjanji dalam manifesto nya untuk harga RM1.50. Najib mungkin jenis malas membaca sebab tu dia tak tahu apa yang ditulis dalam manifesto. Saya petik ya:
“Subsidi Petrol bersasar – Menstabilkan harga minyak dengan memperkenalkan subsidi petrol secara bersasar”
Najib Razak, tolong bagitau dimana dalam ayat diatas tertulis harga minyak RM1.50? Kamu menipu kan?
PH janji subsidi Petrol bersasar, tapi PH bagi subsidi Petrol kepada semua rakyat. Harga RON95 yang dibayar oleh rakyat kini adalah harga bersubsidi.
2. “Harga kereta tak turun” – Manifesto PH adalah pengurangan duti eksais untuk kereta pertama bawah 1600cc. Manifesto ini masih belum dilaksanakan. Manifesto dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun.
3. “Tol tidak hapus” – Manifesto PH adalah menghapuskan tol secara berperingkat. Manifesto ini mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana kos tinggi yang perlu ditanggung kerajaan (baca: rakyat). Sebab, duit yang akan digunakan untuk mengambil alih lebuhraya bertol adalah duit Rakyat.
4. “PTPTN tidak hapus” – PH tak pernah berjanji untuk hapuskan PTPTN. Najib keliru dengan Manifesto rakan Muafakat Nasional iaitu PAS. Hanya PAS yang menjanjikan menghapuskan PTPTN. Sila rujuk manifesto PH dan PAS untuk Pru14.
Manifesto PH untuk PTPTN adalah “Menangguhkan bayaran PTPTN untuk mereka yang bergaji dibawah RM4000”.
5. “Pendidikan tidak menjadi percuma” – Pendidikan percuma (Universiti) masih dalam kajian. Ini berdasarkan kenyataan Kementerian Pendidikan pada Oktober 2019.
Kemudian untuk menambahkan lagi penipuan, Najib Razak memasukkan pula kenyataan-kenyataan Rafizi Ramli yang dibuat pada tahun 2013 iaitu semasa dalam Pakata Rakyat….. Cubaan untuk meningkatkan saham penipuan.
Agaknya Najib tak tahu bezakan antara Pakatan Rakyat (Pru13) dan Pakatan Harapan (Pru14). Senang aje kalau nak tahu perbezaannya…. Dalam Pakatan Rakyat ada parti PAS (rakan Muafakat Nasional) dan dalam Pakatan Harapan takde parti PAS dan ada parti Bersatu.
Kalau Najib minat sangat dengan janji Pakatan Rakyat, apa kata Najib tanya dengan rakan Muafakat Nasional iaitu PAS. Sebab masa Pru13, PAS bersama dengan Pakatan Rakyat.
Najib ni kalau tak menipu tak boleh ke? Ada ke orang percaya dengan penipuan Najib Razak?.