BUKAN LAGI UMNO, BUKAN LAGI MCA, BUKAN LAGI TUN M, TETAPI DAP ADALAH BEBAN KEPADA NEGARA, KATA PARTI LEBAI




Tidak ramai yang lupa suatu ketika Hadi Awang begitu tegas mempertahankan Dap.  Katanya, satu2nya parti yang begitu kuat menentang tindakan kerajaan persekutuan sewaktu mengistiharkan dharurat di Kelantan untuk merampas kuasa dari Pas, parti itu adalah Dap, kata Hadi.  Pas tidak pernah lupa jasa orang, tambah Hadi lagi sewaktu berucap di kempen PRK Teluk Intan di mana calon Dap, Dyana Sofya bertanding mewakili PR pada tahun 2014.

Sebenarnya terlalu banyak "fatwa" Hadi yang menghalalkan Dap dan mengharamkan Umno serta MCA.  Hadi mungkin telah lupa kerana usianya sekarang.  Amanat Hadi di Banggol Peradong yang jelas serta nyata mengkapirkan Umno kerana Umno mengekalkan perlembagaan penjajah serta Umno menyatakan "politik suku, agama suku".  Amanat ini membawa kepada tragedi Memali sehingga berbelas orang Melayu Islam mati tanpa dimandi dan disolatkan.  Kematian juga berlaku di kalangan anggota pasukan keselamatan waktu itu.  Mereka yakin kematian mereka adalah "syahid".  Sehingga sekarang Hadi tidak menarik balik amanatnya walaupun kini berada di dalam kelambu bersama Umno.  

Apa yang Hadi tidak kata pada Tun M sejak dulu?  Bahkan, menjelang PRU14, Hadi memperkekehkan Tun M bahawa Tun hanya layak jadi "doktor klinik 1Malaysia".  Pas juga pernah sebut, kalau Tun M jadi PM semula, negara ini akan hancur binasa. 

Semua itu berlaku sebelum "ikatan perkahwinan" dengan Umno terjadi.  Selepas PRU14, Umno/Bn telah tercampak keluar dari Putrajaya dan Pas pula yang kononnya mahu menjadi "King Maker" tetapi bertukar menjadi "King Joker", tiada pilihan lain untuk meneruskan nyawa parti cap bulan itu.  Parti yang sering menjual agama itu akhirnya melutut kepada Umno/Bn yang dicampak keluar oleh rakyat kerana kleptokrasinya.  Tapi Pas dengan laju mengutip parti sejijik itu.  Hanya anjing akan mencari bangkai.

Kerajaan PH jauh berbeza dari rejim Umno/Bn.  PH tidak perlu tunggu pembangkang untuk betulkan kerajaan kami.  Di kalangan kami, teguran, kritikan, hentaman datang bertubi2 apabila kerajaan kami melakukan sesuatu yang bertentangan dengan dasar dan prinsip reformasi, asas PH.  Kami kritik banyak terhadap Tun M selaku PM, terhadap Azmin selaku Menteri, Gobind, Rina Harun, Zuraidah, Syed Sadiq, Mat Sabu, Dr Zul dan ramai lagi apabila mereka jelas berbuat sesuatu yang menyalahi prinsip atau dasar reform yang kami perjuangkan.  Majlis Presiden PH turut kami kecam dan kritik.  Keadilan, Dap, Amanah dan Bersatu tidak pernah lepas dari kritikan kami.  Adakah bermakna kami telah bersama Umno dan Pas?  Ohh..tidak, minta dijauhkan.  Seburuk2 PH jika ada pun, buruk dan huduh lagi Umno dan Pas.

Hadi mula 'berfatwa' pelik terutamanya setelah dapat sebungkus nasi lemak di rumah Tun.  Tiba-tiba perjanjian peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar yang dibuat oleh PH itu tidak islamik, menurut Hadi.  Hadi menyatakan sokongan kuatnya kepada Tun M untuk terus menjadi PM, walaupun dia tahu kalau Tun M jadi PM negara akan musnah seperti yang pernah diperkatakan oleh partinya.  Kini  fatwa lebih baik minum kopi bersama kapir Dap berbanding minum arak bersama Melayu Umno itu, telah terbalik hukumnya.  Tiba-tiba seketul daging babi di dalam kawah bersama daging lembu itu halal untuk dimakan.  

Umno kini penyelamat ugama.  MCA kini boleh diharap untuk menyokong hudud dan Tun M pula adalah mujaddid kerana telah memberi "ang pow" RM 400 juta kepada Serambi Mekah sehingga mampu mereka membeli 14 buah kereta Mercedes baru.  Lihat, betapa habuan dunia boleh membeli otak-otak  beberapa ulamak dunia.  

Tidak pelik kalau Tun M jumpa Hadi, maka Hadi sokong Tun M.  Tidak hairan kalau Azmin pula bertemu beberapa MP dari Umno untuk menyokong Tun M agar terus menjadi PM dan melanggar perjanjiannya sebelum ini.  

Bagi kami, tiada pilihan lain.  Hanya ada dua parti terbesar yang menentukan kuasa di dalam negara ini iaitu PH dan Bn atau muafakat nasional.  Jika itu saja pilihan yang ada, kami tetap bersama PH walaupun setiap hari kami "memukulnya".  Kami yakin, PH akan betul- betul berada di landasan yang tepat apabila Anwar diangkat sebagai PM ke 8 pada Mei 2020 nanti.  

Bn dan Pas memang tidak suka kepada Dap kerana Dap telah membantu menguburkan Umno/Bn sehingga hilang kuasa di Putrajaya.  Untuk memburukkan Dap, maka cara paling baik adalah membawa isu perkauman dan agama.  Sehingga sekarang, tiada satu bukti pun yang boleh mereka tampilkan untuk menunjukkan Dap telah menghancurkan Islam melalui PH kecuali propaganda yang mereka reka sendiri.  

WFAUZDIN NS


No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Permaisuri Agong tutup Instagram?

  FMT Reporters  - April 20, 2021  Tangkap layar dikatakan daripada akaun Instagram Permaisuri Agong. PETALING JAYA: Pengguna media sosial m...