HADI PERLU MENDAPATKAN RAWATAN



Kadang-kadang kita semakin tak faham dengan cara Presiden Pas, Hadi Awang berpolitik dan mengeluarkan kenyataan.
Beliau adalah pembangkang dan sedang bekerjasama dengan UMNO yang juga pembangkang untuk membentuk Muafakat Nasional bagi menghadapi PRU15 akan datang.
Tetapi, sementara rakannya UMNO, tetap konsisten melihat PH dan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebagai musuh dalam politik, Pas sebaliknya menjadikan Perdana Menteri sebagai teman sejati.
Begitu pun, Pas tidaklah menyokong PH, tetapi hanya menyokong Perdana Menterinya saja, walaupun yang meletakkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah PH.
Ikut logiknya, menyokong Perdana Menteri daripada PH bererti sama dengan menyokong PH kerana tanpa PH, Tun Mahathir tidak akan menjadi Perdana Menteri.
Namun demikian, walau berkedudukan sebagai pembangkang dan musuh kepada PH, Hadi Awang tetap mahu campurtangan dalam urusan PH yang tidak disokongnya itu.
Tidakkah ini pelik?
Kalau dalam urusan kerajaan beliau mahu memberi pandangan, bolehlah juga diterima akal kerana kerajaan itu bersifat terbuka kepada sesiapa lantaran semua orang ada membayar cukai kepada kerajaan.
Lebih-lebih lagi sebagai pembangkang, Pas dan Hadi Awang memang ada peranan yang perlu dimainkannya.
Sebaliknya, isu peralihan kuasa bukan isu kerajaan, ia adalah isu dalaman PH yang sedang menjadi kerajaan.
Dalam isu perjanjian peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim, ia adalah urusan dalaman PH yang mana parti-parti gabungannya saja berhak campurtangan mengenainya.
Hadi Awang sebagai orang luar duduk diam-diam sudahlah, walau betapa tebal sekali pun kulit muka yang dimilikinya.
Ia adalah urusan rumahtangga PH yang Pas tak terlibat dan tidak perlu terlibat sama sekali.
Malulah sikit beb!!!
Kalau teringat sangat mahu terlibat juga, mohonlah untuk menjadi ahli PH terlebih dahulu.
Lebih daripada itu, mempertikai perjanjian peralihan kuasa yang merupakan isu dalaman PH yang sudah lama dipersetujui, bahkan hanya menunggu masa saja untuk dilaksana, tidak saja memperlihatkan “kebodohan” Hadi Awang, bahkan menyerlahkan sifat dengki, iri hati, dendam serta ketakutannya terhadap Anwar.
Apa yang Hadi takut sangat dengan Anwar jadi Perdana Menteri?
Aoakah dibenarkan pemimpin sebuah parti Islam memiliki sifat dengki, dendam dan iri hati?
Adakah dalam hal ini Hadi takut perjuangan Pas jadi tidak relevan lagi apabila nanti Anwar setelah menjadi Perdana Menteri akan memperkenal dan membawa banyak ciri-ciri Islamik dalam kerajaan sebagaimana beliau pernah melakukannya ketika dalam kerajaan sebelum ini?
Kenapa hujah macam tukar pemandu bas dan tak Islamik yang sebenarnya tidak berkaitan sama sekali yang digunakan oleh Hadi Awang untuk mempertikai perjanjian tersebut?
Adakah menukar kereta Mercedes untuk Exco Kelantan suatu tindakan Islamik?
Adakah juga menghasut orang lain memungkiri perjanjian suatu perbuatan yangbIslamik?
Namun demikian, fikir punya fikir, terlintas dalam fikiran, apakah kenyataan Hadi Awang ini keluar selepas beliau berjumpa Tun Mahathir tidak lama sebelum ini?
Jika begitu, kenapa nampak lekeh sangat hujah Presiden Pas ini dalam membawa dirinya sebagai pembangkang yang ingin memberi sokongan kepada Perdana Menteri?
Rasa-rasanya makin dekat Anwar mahu jadi Perdana Menteri, semakin ternampak banyak yang tidak kena dalam cara Hadi Awang membawa dirinya.
Tidak bolehkah selepas ini Tun Mahathir yang pernah dicadangkan oleh Hadi Awang agar lebih baik menjadi doktor di Klinik 1Malaysia saja, memeriksa mental Presiden Pas itu sebelum datang berjumpanya? (ShahbudinHusin 24/01/2020)
Kongsikan artikel ini

No comments: