SEBAB ITU TARIKH PENYERAHAN JAWATAN PM KEPADA ANWAR PENTING SEGERA DITETAPKAN…..



Nampaknya tidak habis-habis pemimpin politik di negara ini bercakap tentang ketidak-yakinan mereka tentang peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.
Meski sudah dijanjikan serta telah ada konsensus PH mengenainya, mungkin barangkali kerana Tun Mahathir selalu sangat mungkir janji dan melakukan U-Turn, kesangsian tentang peralihan kuasa itu tetap berkembang sepanjang masa.
Lagi dekat tempoh dua tahun Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri, lagi kuat kesangsian tersebut diperkatakan di mana-mana.
Berita 1:
Ini yang disebut oleh Zahid Hamidi, Presiden UMNO.

Berita 2:
Ini pula yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan.

Berita 3:
Presiden Pas, Hadi Awang seperti biasa, jika ada peluang akan segera jadi tukang percik minyak agar api menyala dengan lebih besar jadinya.
Apakah penyelesaian kepada semua ini?
Tidak lain, penyelesaian terbaik tentang peralihan kuasa ini ialah dengan Tun Mahathir segera dapat menetapkan tarikh yang muktamad untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebagaimana yang telah dipersetujui dan dijanjikan.
Dengan adanya tarikh penyerahan jawatan untuk Anwar menjadi Perdana Menteri, pasti tidak timbul lagi cakap-cakap atau kenyataan seperti di atas ini.
Dalam hal ini, selain Tun Mahathir yang perlu mengambil langkah ke arah penetapan tarikh peralihan kuasa itu demi kebaikan serta masa depan PH, Majlis Presiden sebagai pemegang kata putus berkaitan urusan politik PH, juga harus melihat persoalan ini dengan lebih serius.
Jangan biarkan ketidak-tentuan dan kekalutan ini berterusan menyelubungi PH kerana yang untung serta mengaut laba politiknya nanti ialah UMNO dan BN saja.
Tetapkah tarikh dengan segera, semua isu lain akan beres dengan sendirinya. (Shahbudindotcom 28/07/2010)