Antaranya adalah dewan bedah Hospital Besut yang hampir enam tahun lewat, Hospital Kemaman (tiga tahun) dan dewan bedah Hospital Setiu sejak tujuh tahun lalu.
Ahmad mengaitkan masalah hama dan kebocoran sebagai antara punca utama kesemua dewan bedah berkenaan tidak berfungsi atau lambat disiapkan.
Berbagai perkara sudah berlaku di Terengganu.Selain Bumbung banggunan Makmal Komputer runtuh,Bumbung Staduim runtuh,Bumbung Stesen bas runtuh,bumbung masjid runtuh,tiang telekom runtuh...kini hospital pulak tidak siap.Gamaknya ada syarikat yang sama yang menyebabkan semua ini berlaku.mesti pelakunya ialah sebuah syarikat yang diberi tender khas untuk menyiapkannya.Dengar ceritanya ada seorang bekas menteri yang punya sebuah syarikat dan beliau mengaut semua projek di negeri tersebut...mungkin syarikat tersebut menjadi banyak masalah yang hampir sama.Kita harap tidak kerajaan siasat perkara ini demi rakyat yang di dahulukan.Kesian rakyat Terengganu,duit royalti banyak tapi manfaat tidak sampai.
Apa yang menjadi silapnya rakyat Terengganu ialah perubahan sikap untuk lebih celik dan lebih bijak.Patut menjadi sebuah negeri yang punya rakyat yang kaya raya dari menjadi sebuah negeri yang kedua termiskin dalam negara ini.Pihak SPRM tidak pula mahu cepat-cepat menyiasat berhubung dengan dakwaan ini dan jika kertas siasatan ini di buka segera, mungkin banyak lagi yang boleh di selamatkan.mana tahu ,nanti banggunan ini pula yang runtuh atau bumbung banggunan ini yang akan runtuh pula.Mana lah tahu, bab-bab runtuh ini memenag banyak berlaku di Terengganu.Selain harga kain batik dan kopok lekor yang runtuh, kita harap tak ada lagi yang runtuh.Kerana itu semuanya duit rakyat.
Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh Ahmad.Adakah Ahmad mahu memberitahu bahawa syarikat yang samakah atau banyak syarikat yang terlibat sehinggakan dewan bedah dan kemudahan untuk rakyat tidak dapat di gunakan.Ini amatlah malang sekali kerana perkara seperti ini masih berlaku dan dalam masa yang sama slogan untuk rakyat di dahulukan di laungkan saban hari di dalam Televisyen, kelak rakyat akan ketawa terbahak-bahak dengan semua ini atas alasan bahawa mana mungkin rakyat nak di dahulukan sedangkan kes politik yang di utamakan mejangkau kes yang melibatkan kepentingan rakyat.Jika ada satu kesilapan pun berlaku patut di siasat , inikan pula hampir banyak perkara yang melibatkan berlakunya runtuhan.Jadi berhati-hatilah jika ke Terengganu kerana banyak perkara yang akan berlaku dan paling merbahaya ialah akhlak remaja yang juga turut runtuh...
WRLR...