KENYATAAN MEDIA PKR

KENYATAAN MEDIAUNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 8 Januari 2010

NOTIS PERLETAKAN JAWATAN SETIAUSAHA AGUNG

Saya telah menerima melalui emel salinan notis perletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) daripada Dato' Salehuddin Hashim.

Notis itu dihantar kepada Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Ismail, dan Ketua Umum, Sdr Anwar Ibrahim. Saya percaya mereka juga sudah menerima notis itu.

Mengikut Dato' Salehuddin notis berkuatkuasa mulai 31 Januari 2010. Beliau tidak memberikan apa-apa alasan meletak jawatan.

Kebetulannya esok Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat mengadakan mesyuarat biasanya. Biro Politik akan membincangkan notis tersebut dan mengambil keputusan sama ada hendak menerima atau tidak perletakan jawatan itu.

DR. SYED HUSIN ALI Timbalan Presiden, Parti Keadilan Rakyat
###

Delivered to you by / Dihantarkan kepada saudara melalui:
BIRO KOMUNIKASIPARTI KEADILAN RAKYATA-1-09, Merchant SquareNo. 1, Jalan Tropicana Selatan 147410 Petaling Jaya
Tel: +603 7885 0530Fax: +603 7885 0531E-mail: komunikasi@keadilanrakyat.orgWeb: www.keadilanrakyat.org

No comments: