UMNO CUBA TARIK UNDI MELAYU SEMULA

Tuntut Kerusi Pengerusi BN P. Pinang : Umno Semakin Parah

Monday, 21 December 2009 11:10 AM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR, 21 Disember: Umno semakin parah dan berdarah apabila menunjukkan pergolakkan dalaman parti mereka. Kenyataan Umno Pulau Pinang yang mahukan jawatan pengerusi BN Pulau Pinang dipegang dan diterajui Umno memperlihatkan keadaan yang BN semakin parah dan kucar kacir.

Hal ini dijelaskan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, dalam kenyataannya kepada Era Pakatan.

Menurut beliau, walaupun Zahid menjelaskan hasrat UMNO itu adalah untuk menguatkan BN namun ianya dilihat melemahkan dan menkucar-kacirkan BN di Pulau Pinang.

“Nampaknya UMNO menampakkan belangnya yang sebenarnya di Pulau Mutiara, bak kata perpatan ‘habis manis sepah dibuang’. Itulah perangai UMNO yang sebenar iaitu sangat mudah melupakan jasa orang lai,” jelas Khalil Idham Lim.

Beliau sebagai berkata, Parti Gerakan yang selama ini berjaya menempatkan Pulau Pinang dalam cengkaman BN sekian lama atas jasanya menang besar di situ seakan dilupakan langsung olen pemimpin UMNO.

“Sepatutunya UMNO dan BN mesti terus diajar kerana dia cukup kurang ajar kepada jasa orang yang mendahuluinya. Tanpa menafikan memang semua calon Gerakan kalah dalam Pilihanraya yang lepasa namun adakah itu ukuran segera untuk menafikan kejayaan sebelum ini?” tegas Khalil Idham Lim.

Terdahulu, media melaporkan Umno mahukan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan diserahkan kepada parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan perikatan itu di peringkat negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata permintaan itu adalah munasabah kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.