Pemuda DAP penang hari ini melakukan bantahan aman dengan membuat laporan polis berhubung dengan penjualan tanah penduduk oleh kerajaan negeri kepada koperasi kerajaan dengan potongan 50% pada harga RM10 sekaki persegi.Laporan tersebut di buat oleh Ng Wei Aik .
"DAPSY mahukan satu siasatan menyeluruh di lakukan oleh pihak berwajib berhubung dengan siapakah yang bertanggungjawab dalam menjula dan bagaimana urusan penjualan tanah tersebut di jalankan" demikian jelas Ng lagi. yang juga pegawai khas kepada Timbalan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Beliau melakukan laporan polis pada jam 122 petang tadi di balai polis jalan Petani.Beliau juga menjelaskan bahaa tanah tersebut juga di jual pada kadar yang sangat rendah sekali.Penjualan tanah tersebut juga di dakwa dilaksanakan yanpa melakukan kajian terperinci terhadap harga tanah yang berada pada paras masa kini.
Ng juga menjelaskan lagi bahawa terdapat juga maklumat yang menyatakan bahawa adakah bekas timbalan ketua menteri lama dan juga sesetengah EXCO terlibat dalam mengaut kepentingan dalam urusan jual beli tersebut.