Penggal ke-2, Mesyuarat ke-2 Parlimen akan bersidang mulai , Isnin hingga Khamis, 15 hingga 30 Jun 2009.

Rakyat yang ingin mengikuti sidang tersebut boleh memohon secara langsung kepada pentadbiran Parlimen Malaysia, http://www.parlimen.gov.my/

atau Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mewakili kawasan anda (bilangan adalah terhad dan perlu notis awal).

Dalam sesi soal jawap lisan, bermula jam 10.00 pagi esok, soalan kedua adalah dari Ketua Umum:
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan kewajaran dan peruntukan undang-undang
yang membolehkan polis menceroboh persidangan Dewan Undangan
Negeri Perak pada 7hb. Mei 2009, dan mengheret keluar Speaker yang
sedang melaksanakan tugas ketika persidangan tersebut berjalan.

Reformasi pentadbiran negara, khususnya dalam pentadbiran Parlimen di mana dasar-dasar negara dicipta dan digubal memerlukan penyeliaan dan kepekaan tentang perjalanan persidangan Parlimen.

Rakyat berperanan untuk mengetengahkan kepada wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing isu-isu kawasan dan menyelia prestasi wakil-wakil rakyat di Parlimen. Rakyat juga bertanggungjawab mengetengahkan sebarang isu dan prosedur yang tidak domokratik ketika persidangan berlangsung.

Merakyatkan Parlimen dan pengetahuan mengenai prosedur Parlimen akan menyumbang kepada proses reformasi Parlimen dan seterusnya reformasi pentadbiran negara Malaysia.

Sudah tiba ketikanya Malaysia mewujudkan saluran TV khusus untuk memancarkan secara langsung kesemua dan keseluruhan persidangan Dewan Rakyat yang menggubal segala dasar-dasar negara dan mengatur kehidupan rakyat Malaysia.

Persidangan Parlimen Dewan Rakyat tidak boleh lagi dibiarkan tanpa disaksikan oleh rakyat jelata sepenuhnya.