YB HAMDAN TURUT SAMPAIKAN SUMBANGAN


PERMATANG PAUH- YB Hamdan semalam turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Pn Rahaya dari pejabat daerah sebanyak RM1000 dan dari PUZ RM2000.Sumbangan awal ini yang diusahakan oleh pejabat ADUN Permatang Pasir adalah langkah awal dan menurut YB Hamdan lagi usaha-usaha bagi membantu mangsa kebakaran akan diteruskan di amana bantuan dari Jabatan kebajikan Masyarakat akan turut di lakukan.
Menurut YB Hamdan lagi , jika tanah ini kepunyaaan milik mangsa , ianya boleh diberi bantuan rumah, namun keadaan tidak dapat dilakukan kerana tanah ini diatas nama orang lain.



Dalam hari yang sama juga YB Hamdan turut menyampaikan bantuan kerusi dan meja untuk keperluan kanak-kanak sekolah tadika di kampung Tanjung Putus dan juga sumbangan Canopy untuk keperluan surau kampung Tanjung Putus.Semua jumlah sumbangan bernilai RM5000 di sampaikan oleh pejabat ADUN Permatang Pasir.