Tidak ada tawaran jawatan - Nasaruddin

28/01/2009
IPOH 28 Jan. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim berkata, beliau tidak ditawarkan sebarang jawatan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau turut menyatakan tidak akan menyertai UMNO semula walaupun Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali telah membayangkan hasrat untuk melepaskan jawatannya itu dalam masa terdekat.



Alang-alang menyelok pekasam biar sampai ke pangkal lenggan.