KITA BANGKITKAN KEKUATAN PARTI KITA.LANDASAN UNTUK MEMERINTAH TETAP ADA.



SEBAHAGIAN PETIKAN UCAPAN DSAI DI MALAM PENUTUP.MAKLUMAT LANJUT DALAM SUARA KEADILAN.






OLEH:Amiruddin Ahmad



Shah Alam- Kehadiran Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan ceramah di malam penutup kongress PKR membangkitkan semangat yang cukup tinggi di kalangan para perwakilan dan pemerhati serta orang ramai yang memenuhi stadium Shah Alam.Dianggarkan 10 ribu hadirin hadir memenuhi ruang dewan dan diluar.

Sebelum beliau berucap,DSAI secara bersembunyi sempat duduk di barisan para hadirin bersama-sama orang ramai untuk mendengar ucapan para perwakilan pada malam tersebut. Antara yang berucap ialah Menteri besar Tan Sri Khaid Ibahim,Azmin Ali,Sivarasa ,Dato Dr Jefri Kitingan,Ketua wanita Zuraida Kamaruddin dan Dr Lim Boon Chay.


Kehadiran Dato Seri Anwar ke pentas bersama Preseden PKR ke pentas di sambut dengan laungan Reformasi yang laungkan oleh Cikgu Bard dan diikuti oleh orang ramai dan kemudiannya nyanyian lagu parti di mainkan.Para hadirin bangun berdiri memberi penghormatan kepada penasihat PKR tersebut dan menyanyi bersama-sama, Ini memberi perangsang kepada semua ahli parti baik yang didalam dewan dan juga di luar dewan melalui siaran langsung yang di tonton seramai 2.5 juta orang melalui siaran internet.

Beliau memulakan ucapan dengan memberikan contoh barisan kepimpinan PKR yang mampu untuk berkhidmat kepada rakyat. Malah ada yang mempertikaikan PKR jika tanpa beliau.6 tahun terpenjara tidak bermakna saya duduk diam malah saya membaca di dalam tahanan.

“Ada yang mempertikaikan parti kita tanpa Anwar,namun sedarkah dimana parti diketika 6 tahun Anwar di penjara, namun parti ini terus berkembang,Azizah dan parti ini bangkitkandengan kekuatan kita, kekuatan rakyat .Orang yang membicarakan tanpa Anwar itu tidak buka kitab” demikian jelas Anwar lagi.

Beliau juga memuji rakyat yang berani kerana jika 6 tahun beliau terpenjara dan “rehat’ namun para reformis masih berterusan di sembur dengan gas dan di hentam dengan belantan.

Malah pesan kepada semua perwakilan dan pemerhati juga rakyat ,bahawa PKR akan meneruskan lagi agenda untuk menyampaikan informasi kepada semua rakyat untuk mendengar dan mengatur semula penerangan dari Perlis sampai ke Sarawak, dan para wakil rakyat harus bekerja kuat untuk kepentingan rakyat dan jangan termakan hasutan UMNO yang ketandusan idea untuk memburukkan kepimpinan dan melaga-lagakan rakyat.


“Oleh karana kita ada agenda pembaharuan , dan ianya harus berterusan , maka sebagai sebuah parti reformasi harus memperbaiki kedudukan parti kerana jika diambil sikap berpuas hati ,kuat ,pandai maka itu bukan parti reformasi yang sentiasa menuntut pembaharuan untuk rakyat Jika menuntut perubahan yang segera kita tidak mampu untuk teruskan, namun kita harus memperbaiki kedudukan kita,dan jangan sesekali mendengar fitnah UMNO yang bengkrup idea.10 tahun menggunakan kekuatan polis,fitnah ianya masih kalah di Semenanjung.Apakah pintar media macam ini”.demikian tegas Anwar lagi yang merujuk kepada media pemerintah.

Dato Seri Anwar juga menarik perhatian bahawa sebagai sebuah parti reformasi, harus mengamalkan pendekatan yang terbuka dan ini harus memberi ruang yang lebih kepada generasi muda.Sebagai parti reformasi juga harus mengamalkan keadilan tanpa menindas yang lain.Bukan tujuan membantu sesuatu kaum memijak kaum yang lain dan bercakap lain kepada kaum lain dan lain pula kepada kaum yang satu lagi.Pendekatan ini menurut Anwar adalah pendekatan lapuk dan bukan untuk membantu rakyat yang berbilang kaum.malah beliau menarik perhatian tentang nasib kaum Penan di Sarawak yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

“Tahun ini saya lihat rakan-rakan Sabah dan Sarawak luar biasa.Dulu memang ada, tetapi kini kebangkitan itu kita lihat semakin ketara.Kita akan teruskan perjuangan,melawan untuk rakyat dan juga tidak akan mengalah”.tegas Anwar.

Mengenai isu 16 September, beliau berkata orang yang bersetuju untuk menyeberang tidak mahu didedahkan butir-butir dan syaratnya tidak didedahkan sehingga mereka bersedia.Kita memberikan satu target dan kita telah gunakan saluran yang sesuai dengan perlembagaan.Bila ini semua tidak berhasil, kita minta sidang khas , namun ini juga tidak mahu.Orang yang menyokong dan sokongan bulat yang diterima dan esoknya kita diserang oleh orang yang sama.Bila ditanya,jawapannya ialah supaya tidak disyakki.Malah menurut Anwar lagi , beliau tetap yakin bahawa ianya akan berlaku.


“Saya diberikan jaminan sebelum ini oleh pihak-pihak yang ingin menyeberang dengan bersyarat dan syaratnya ialah sehingga mereka benar-benar bersedia dan tidak didedahkan sebelum waktunya.malah adakalanya kita di serang dalam dewan , dan bila kita tanya kenapa, jawapannya ialah agar tidak di syakki” demikian jelas Anwar lagi.


Menurut Anwar lagi, sebagaimana beliau yakin akan kemenangan dalam beberapa buah negeri dalam kempen menawan negeri sebelum pilihanraya lalu, maka keyakinan itu juga memberi kekuatan kepada beliau bahawa akan tiba masanya nanti perubahan ini akan berlaku.Cuma masa dan tarikhnya tidak akan diberitahu kerana ini akan menjadi isu dan mainan oleh pemerhati politik.


“Sebagaimana saya yakin akan kemenangan di beberapa buah negeri dalam pilihanraya lalu, maka keyakinan itu juga akan berlaku dalam perubahan ini.Soal perubahan kuasa untuk memuaskan hati pemerhati politik ,ianya akan sukar untuk dijelaskan. Tetapii saya yakin dengan apa yang saya yakin dan InsyaAllah ,Jika di takdirkan ianya tarikhnya akan berlaku ? sila tunggu .Sementara itu gegarkan Sarawak.Sarawak adalah barisan hadapan kita sekarang.malah saya mahu setiap minggu harus ada para wakil turun ke Sarawak tanpa kecuali dan kita tetapkan jadual ke sana selepas lawatan saya nanti”.jelas Anwar serius dalam menawan Sarawak.Beliau mengakhiri ucapan dengan memberi ingatabn agar Sabah juga di perkuatkan lagi jentera parti di sana dan diberi tumpuan.Sebelum beliau berangkat keluar dewan laungan reformasi di laungkan menggegarkan suasana stadium Shah Alam.