Kempen basikal 'raykat pengayuh perubahan' dilancarkan





December 2008 21:56




Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim telah menyatakan sokongan penuh dan melancarkan kempen basikal Jerit "Rakyat pengayuh perubahan' pada 29 November 2008 di perkarangan Stadium Melawati.


Program telah bermula dengan lagu "Power to People" memang tepat dengan program pelancaran. Kebanyakan orang yang hadir, memakai T-shirt Jerit merah memberi identiti tersendiri kepada majlis ini. Pengerusi Majlis memulakan program dengan sedikit pengenalan mengenai Jerit. Ucapan pertama adalah oleh Saudari Kohila, Penyelaras Jerit. Dalam ucapan beliau telah mengatakan bahawa Kempen Basikal ini diadakan untuk membawa mesej kesedaran kepada rakyat bahawa hanya mereka sahaja yang boleh membawa perubahan tulen dalam negara. Beliau juga telah menyeru semua orang untuk memberi sokongan kepada delegasi basikal apabila mereka sampai dikawasan-kawasan mereka dan seterusnya turun pada 18 Disember 2008 untuk hantar memorandum ke Parlimen. Setelah ucapan beliau, satu team delegasi basikal telah mengayuh masuk di hadapan pentas.





Dan wakil-wakil dari rakyat telah memberi enam tuntutan Jerit kepada Menteri Besar yang mangantungnya atas setiap basikal. Setelah itu Menteri Besar Khalid telah memberi ucapan pelancaran beliau. Khalid telah mengatakan bahwa beliau megah dalam melancarkan program Kempen Basikal ini. Beliau juga telah menyatakan bahawa adalah perlu gerakan seperti Jerit untuk mengingatkan tanggungjawab Kerajaan Pakatan Rakyat.





Tambah Khalid Ibrahim, tuntutan Jerit adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk merakyatkan ekonomi negeri Selangor dan memberi sokongan penuh kepada kempen Jerit. Setelah ucapan pelancaran, beliau telah memotong belon yang dan seterusnya melancarkan Kempen Basikal Jerit.Setelah itu slogan "Hidup Rakyat! Hidup Perjuangan!" dilaungkan dan majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada Khalid dan Exco Negeri Selangor Dr Xavier yang telah membantu Jerit dalam mengadakan pelancaran ini. Kempen Basikal Jerit Rakyat Pengayuh Perubahan adalah satu inisiatif Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) yang akan berbasikal ke seluruh negara melalui pekan-pekan dan bandar-bandar utama dengan membawa mesej kesedaran tentang isu-isu semasa yang memberi tekanan kepada kehidupan rakyat.







Antaranya adalah isu kenaikan harga minyak, penggunaan akta zalim seperti ISA ke atas rakyat, isu global seperti alam sekitar dan krisis makanan yang dihadapi oleh kebanyakan negara di dunia.Kempen Basikal ini akan bermula di dua lokasi utama dari Utara dan Selatan pada 3 Disember 2008 dan akan sampai ke perkarangan Parlimen Kuala Lumpur pada 18 Disember dimana memorandum dijangka dihantar kepada Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.





Sepanjang jalan para peserta akan mengedarkan risalah kesedaran dan juga menghantar memorandum kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri yang disinggahnya. Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri telah dimaklumkan. Kempen Basikal "Rakyat Pengayuh Perubahan" akan membawa isu dan masalah rakyat yang sebenar kepada platform nasional. Kami menyeru rakyat biasa untuk menyertai dan menyahut panggilan kami untuk bersama-sama menjayakan kempen ini. Disertakan disini senarai organisasi dan individu yang menyokong Kempen dan Tuntutan "Rakyat Pengayuh Perubahan":







1. YAB Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato Abdul Khalid Ibrahim2. YAB Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin3. YB Timbalan Ketua Menteri Prof Dr P.Ramasamy4. Kerajaan Negeri Selangor5. Kerajaan Negeri Perak6. Kerajaan Negeri Pulau Pinang7. Kerajaan Negeri Kedah8. ADUN Kota Damansara YB Dr Nasir9. ADUN Seri Andalas dan Exco Negeri Selangor YB Dr Xavier 10. ADUN Bukit Lanjan & Exco Negeri Selangor YB Elizabeth Wong11. MP Sungai Siput Dr Jeyakumar12. MP Batu Gajah YB Fong Poh Kuan13. MP Kuala Krai YB Dr Hatta Ramli14. ADUN TEJA, YB Chang Lih Khang15. Ahli Parlimen Klang YB Charles Santiago 16. ADUN Teratai Jenice Lee Ying Ha17. ADUN Pandamaran dan Exco Negeri Selangor YB Ronnie Liu18. ADUN Kinrara , MP Seputeh, Exco Kanan Negeri Selangor YB Teresa Kok19. ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai20. ADUN Rawang YB Gan Pei Nei21. ADUN Kota Alam Shah YB Manogaran22. ADUN Sri Muda Yb Suhaimi23. MP Kapar YB Manickavasagam24. MP Bukit Gantang YB Roslan Sharom25. MP PJ Selatan Yb Hee Loy Sian26. Parti Sosialis Malaysia27. Parti Rakyat Malaysia28. Parti Islam Semalaysia (PAS)29. Parti Keadilan Rakyat30. Democratic Action Party31. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)32. KOMAS33. PERMAS34. DEMA35. Empower36. Centre for Orang Asli Concern (COAC)37. People's Parliament38. Civil Right Commitee of Kuala Lumpur& Selangor Chinese Assembly Hall. 39. Youth Section of Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall40. Women's Aid organisation (WAO)41. Migrant Care42. LLG Cultural Development Centre43. All Women's Action Society ( AWAM)44. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JKMI)45. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)46. DAP PJU Parliament Liaison47. Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)48. Centre for Independent Journalism (CIJ)49. Malaysian Trade Union Congress (MTUC)

No comments: