Oleh JAAFAR AHMAD
BATU PAHAT 30 Nov. – Pucuk pimpinan Barisan Nasinal (BN) diminta bertindak tegas terhadap Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berhubung kenyataannya menolak konsep ketuanan Melayu.
Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, ini kerana kenyataan tersebut telah menghiris hati masyarakat Melayu terutama ahli UMNO yang selama ini menjadi rakan baik MCA.
Menurutnya, walaupun kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Soi Lek, namun ia lahir daripada seorang pemimpin yang sepatutnya menjadi sahabat dalam komponen BN.
‘‘Kenyataan ini sangat menyinggung dan menghiris hati masyarakat Melayu,” katanya selepas merasmikan Sambutan Kesenian Islam Kemas Peringkat Negeri Johor di Universiti Tun Hussein Onn, di sini semalam.
• Jangan bermain api - Pemuda UMNO -HISHAMUDDIN
ADA-ADA SAHAJA PERBALAHAN DALAM PARTI BN/UMNO INI.MANA MUNGKIN AKAN ELOK BERSATU JIKA TIDAK ADA PERSEFAHAMAN.SETAKAT INI DALAM PAKATAN NAMPAK LEBIH OK BERBANDING BN. NAMUN ADA JUGA CAKAP-CAKAP BUDAYA UMNO/BN DALAM FAHAMAN PAKATAN RAKYAT.
1.PEREBUTAN JAWATAN PUN SAKAN JUGA DI PULAU PINANG
2.ADA USAHA YANG KONSISTEN UNTUK MENJATUHKAN TKM1 PULAU PINANG
3.ADA YANG BAGI PROJEK PADA UMNO
4.ANAK-ANAK MUDA DALAM PKR TAK BERPUAS HATI SOAL JAWATAN DI MAJLIS MAJLIS TEPATAN.
MMmmmmmm.....yang lama-lama perlu beri nasihat......takut nanti orang meluat macam parti yang sedang bergolak dalam teks di atas tu....