Fairus tidak akan letak jawatan TKM

Saiful Lizan Md Yusoff Fri Nov 21, 08 1:56:10 pm MYT


PULAU PINANG, 21 Nov (Hrkh) - Timbalan Ketua Menteri (TKM) I, Mohammad Fairus Khairuddin tidak akan meletak jawatan walaupun ada usaha-usaha pihak tertentu mempertikalkan tanggungjungjawabnya.


Beliau yang juga Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, banyak program rakyat dibuat oleh beliau selaras dengan pembangunan kerajaan Pakatan Rakyat.
"Saya tidak akan lepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 tanpa sebab kerana kemenangan saya adalah kemenangan rakyat.


"Saya perlu amanah dengan apa yang ditugaskan kepada saya," jelasnya ketika ditanya adakah beliau akan melepaskan jawatan nombor dua negeri selepas diasak berbuat demikian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang selesai baru-baru ini.

Pihak UMNO Permatang Pauh khasnya Dun Penanti cuba mewujudkan suasana tidak tenteram kononya beliau gagal berperanan di situ setelah menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).

Semua andaian itu tidaklah benar sekali sebaliknya kesepakatan rakyat semakin kuat di Dun Penanti khasnya di Pulau Pinang. - mns_

No comments: