Pulau Pinang- Pihak media WRLR akan membuktikan kerja-kerja yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di kawasan yang telah diadukan.Sesungguhnya kawasan-kawasan ini diberi keutamaan kerana ianya membuktikan sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat.Mungkin di kawasan Teluk Air Tawar ada ADUN yang cukup bercakap banyak di Dewan Undangan negeri Pulau Pinang, namun kerja tak menjadi. Adalah tidak adil dikawasan teluk Air Tawar yang mana ADUN nya ialah YB Jahara Hamid(UMNO) yang memegang hampir 3 penggal,tidak dapat berbuat apa-apa.Adalah tidak baik untuk YB yang lain melanggar kawasan sedangkan kawasan tersebut dibawah ADUN yang sama sejak 15 tahun dahulu?perutukkan RM 100,000 untuk setiap ADUn telah diberikan.Jadi pihak tuan dikehendaki untuk membuat aduan terus kepada YB terbabit. Sekian.
P/S : Kepada Inderaputra dari Damansara, Pihak Tuan terus hubungi ADUN Telok Air Tawar YB Jahara Hamid untuk membuat aduan. Projek perumahan di taman Guar Perahu,JUWARA gagal rupanya........kepada pihak yang menghantar dari Damansara harap bersabar.Mungkin pihak tuan dapat berhubung terus dengan YB Jahara Hamid dari UMNO untuk membuat sesuatu, kerana jika dilihat kepada kerja-kerja YB Hamdan dari PAS, sila lawati blog saya dari bulan MEI dan pihak tuan akan dapat melihat bagaimana kesungguhan pihak YB Hamdan,YB Fairus, dan juga DSAI sendiri melakukan tanggungjawab.Saya akan cuba untuk mengambil gambar-gambar kerja-kerja yang dilakukan oleh YB-YB yang terlibat.Harap bersabar.Rasanya tak ada salahnya rakyat adakan sambutan aidilfitri yang ditaja oleh syarikat-syarikat yang ingin berbakti dan masyarakat pula menggunakan wang sendiri yang dikutip secara gotong royong dan meraikan bersama pimpinan........kerja tetap berjalan......