Jam 3.30 petang, 8hb September 2008, saya akan berada di perkamponganOrang Asli, Kg Pian, Kuala Krau.
Hari ini adalah meeting dengan ahli-ahli PKR Kg Pian untuk sayamenyampaikan maklumat parti kepada mereka dan untuk merekamenyampaikan maklumat kemasyarakatan kepada saya.Kg Pian adalah salah sebuah kampong yang penting bagi penduduk OrangAsli kaum Jahud kerana disana terdapat penduduk yang ramai dandikalangan anak-anak muda kampong itu telah memilih PKR sebagai wadahperjuangan.Cawangan PKR disitu dipimpin oleh Mohd Nazmi b Abd Majid selaku KetuaCawangan, Wan Kisam Daud sebagai Timbalan Ketua dan bekas SetiausahaUMNO Cawangan Sdr Bahari Ngin sebagai Setiausaha.Cawangan ini adalah sebuah cawangan yang aktif dan lengkap, iamempunyai Jawatankuasa Cawangan, Jawatankuasa Wanita dan JawatankuasaAngkatan Muda.Berbeza dari bulan-bulan lain, di Bulan Ramadhan ini meeting itu tidakadalah makan minum diantara mereka dengan Jawatankuasa Bahagian,tetapi mereka akan makan minum sesama mereka. Sebahagian kecil darimereka beragama Kristian dan majoritinya tidak beragama, cuma agamanenek moyang sahajalah.Orang Asli disini tetap mengharapkan agar tanah dimana mereka tinggaldan dimana mereka bercucuk tanam diberikan geran tanah. Mereka sudahlihat tanah-tanah mereka diceroboh dan mereka saksikan bahawapengangguran dikalangan anak-anak muda mereka amat tinggi, danpendapatan bulanan mereka amatlah rendah.50 tahun Merdeka tidak merubah nasib mereka. Mereka adalah Orang Asaldi Negara ini tetapi tidak ada pembelaan konkrit terhadap mereka.Mereka sentiasa diberikan "gula-gula" agar pemikiran mereka terusdijajah oleh UMNO khususnya sewaktu berhadapan dengan Pilihanraya. Dansetelah pilihanraya berlalu, mereka berbalik kepada keadaan yang asal.Jumlah penduduk dikawasan mereka semakin bertambah, tetapi sumberpendapatan di kampong mereka tetap tidak berubah. Tanah tapak rumahmereka menjadi kecil kerana banyak rumah terpaksa didirikan diatastanah yang berkongsi diantara ahli-ahli keluarga dan tempat bercucuktanam menjadi semakin kecil.Sukar untuk disenaraikan tuntutan-tuntutan mereka kerana mereka kinitidak punyai apa-apa, dan perjuangan untuk mereka adalah begitumencabar. Hanya sebuah pemerintahan yang benar-benar perihatin diataspenderitaan mereka sahaja yang boleh merubahkan keadaan hidup mereka.Dan pemerintahan UMNO/BN telah gagal segagal-gagalnya!UMNO hanya hadir ke kampong mereka semasa pilihanraya, dan selepas ituUMNO tidak memperdulikan nasib mereka.Insya Allah, PKR akan terus memperjuangkan hak mereka dansekurang-kurangnya 2 kali sebulan PKR Kuala Krau akan hadirbersama-sama mereka.Di meeting kali ini, saya ada membawa kain baju, kasut dan sebagainya;ada yang baru dan ada yang lama, untuk diagih-agihkan kepada mereka.Dan kalau ada sesiapa yang ingin menderma kain-baju, kasut dansebagainya, silalah hubungi saya untuk disampaikan kepada rakan-rakankita Orang Asli di Kawasan Kuala Krau melalui talian 019-9321260 (HjSuhaimi Said).--Posted By Suhaimi Said to The Spirit of Lubok Kawah/Semangat LubokKawah at 9/07/2008 09:39:00 PM