FAIRUS SAMPAIKAN BANTUAN OVEN KEPADA PENGUSAHA KUIH TRADISIONAL





PERMATANG PAUH 16SEPT-Yb Mohd Fairus hari ini menyampaikan bantuan oven kepada seorang pengusaha kuih tradisional kuih putu kacang.Beliau yang mengusahakan kuih-muih untuk menyara keluarga dan di kategorikan sebagai penduduk miskin tegar hari ini telah menerima bantuan dari TKM1 YB Mohd Fairus Khairuddin.


Mesin yang bernilai RM4000 ini diberikan agar keluarga ini dapat mengusahakan kuih dengan lebih banyak untuk tujuan kormesial dan boleh membesarkan lagi industri ini ke kedai-kedai yang berdekatan.Majlis penyerahan dilakukan pagi tadi dirumah Makcik Fatimah 61 tahun di kampung Kubang Ulu.
Menurut Makcik Fatimah sudah 2 kali pilihanraya dilakukan dan permohonan ini juga telah lama,Tetapi YB Mohd Fairus yang baru-baru ini melakukan lawatan ke kampung-kampung telah melihat keadaan beliau dan bertanya khabar dan tak sampai 5 hari bantuan ini tiba"Makcik ingat macam yang lepas-lepas dan tak mengharapkan apa-apa pun kerana ingat parti ini sama sahaja,rupa-rupanya Timbalan Ketua Menteri ma hantaq.terima kasih lah pada Fairus yang membantu makcik,hanya Tuhan sahaja yang membalasnya", demikian kata makcik Fatimah lagi.
Menurut YB Fairus lagi, "Kita akan cuba memberi lagi bantuan kepada yang memerlukan dan saya akan berusaha ke arah tersebut", demikian jelas YB Mohd Fairus lagi

No comments: