POLIS AKAN HALANG PERARAKAN AMAN HARI NI


Polis akan halang...


Seramai 1,500 hingga 2,000 anggota pasukan keselamatan yang terdiri daripada polis, Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan perarakan membantah kenaikan harga minyak dari Masjid Kampung Baru ke Menara Petronas, hari Jumaat. Perarakan yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan termasuk parti politik pakatan pembangkang dijadual berlangsung selepas solat Jumaat. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, pihak polis kemungkinan terpaksa menutup jalan yang menghala ke kawasan masjid itu bagi menghalang perarakan berkenaan. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT .-


Lihat petikan berita ini?Polis dan beberapa unit simpanan persekutuan akan BERJAGA-JAGA.Perkataan berjaga-jaga itu menunjukkan bahawa seolah-olah akan berlakunya kekacauan.Inilah pandangan dan persepektif masyarakat kita.Bila sahaja adanya perarakan digambarkan seolah-olah akan berlaku sesuatu yang dahsyat.Pada hal pihak berkuasa harus berjaga-jaga dalam erti kata memudahkan perjalanan,perarakan,mengawal demi kebaikan semua pihak.Bukan berjaga-jaga untuk menghalang perarakan tersebut......NAK BUAT MACAMANA LAPORAN MEDIA KERAJAAN................

No comments: