USAHA MENBERSIH MPPP DAN MPSP

PULAU PINANG-12HB setelah mendapat mandat mewakili Barisan Rakyat, Kerajaan Pulau Pinang telah mengambil langkah dengan menghapuskan semua saman peniaga kecil terutamanya yang melibatkan kesalahan kecil. Ini akan menjadikan kerajaan negeri sebagai sebuah kerajaan baru yang cuba membersihkan saman-saman yang difikirkan tidak logik kerana tidak memberikan perhatian kepada lebih membantu dari "menyiksakan"peniaga-peniaga kecil.

Selain itu menurut laporan BPR bagi sessi 2004-2005 hingga 2007 , MPSP Majlis Perbandaran Seberang Perai, merupakan pihak berkuasa tempatan yang menduduki rangking paling atas sebagai pihak berkuasa yang paling tinggi mengamalkan rasuah.Usaha-usaha untuk mendjadikan badan ini sebagai sebuah majlis Perbandaran yang lebih cekap bagi membantu kaum Bumiputera dan golongan peniaga kecil dilihat dapat membantu meningkatkan peluang perniagaan peniaga-peniaga kecil bumiputera.

Antara nama-nama yang disebut sebagai YDP MPSP ialah Dr Mansor Osman yang mempunyai banyak pengalaman dalam melaksanakan projek "TEKUN" bagi membantu kaum Melayu tanpa mengira fahaman politik. Ini dilakukan dizaman DSAI sebagai menteri kewangan.Semoga usaha-usaha ini akan mendapat kejayaan bagi menghapuskan tanggapan buruk masyarakat umum sebagai langkah menghapuskan rasuah dan memulihkan kreadibiliti sebagai pihak berkuasa tempatan yang dapat membela masyarakat setempat.Malah masyarakat seberang perai menamakan MPSP sebagai "Makan Pagi Sampai Petang"

tungguuuuuuuuuuu.........gambar-gambar pendedahan bagaimana pekerja MPSP begitu kaya raya walau hanya berjawatan sebagai juruteknik...dan banggunan MPSP yang begitu gah tetapi penuh rasuah didalamnya.Pihak team WRLR akan mengumpulkan maklumat ini seberapa segera yang mungkin.