PAS yakin pertahan Parlimen Pendang

Muda Mohd Noor | Dec 18, 07 4:00pm

PAS akan memastikan Parlimen Pendang yang dimenanginya sejak dua penggal lalu dipertahankan, di samping merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang dalam pilihanraya umum akan datang.

"Matlamat kami ialah menang kerusi Parlimen Pendang, DUN Sungai Tiang dan Tokai," kata Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman.

Dr Mohd Hayati yang juga ahli jawatankuasa PAS Kedah berkata, sasaran tersebut amat realistik kerana PAS cuma kalah kira-kira 2,000 undi di DUN Sungai Tiang dalam pilihanraya umum lalu.

"Mood pengundi di Kedah amnya dan Pendang secara keseluruhannya, telah banyak berubah.

"Jika pada 2004, mereka sangat yakin kepada BN dan Umno, kini ramai yang menyatakan akan mengundi pembangkang (PAS)," katanya lagi.

Dalam pilihanraya umum lalu, PAS memenangi lima kerusi DUN dan satu Parlimen. Manakala dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang 12 DUN dan lapan kerusi Parlimen.

Pendang merupakan kawasan Parlimen tunggal di Kedah yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum lalu, berbanding lapan kerusi dalam pilihanraya 1999.

Penduduk marah

Lima kerusi DUN yang dimenangi PAS ialah Tokai, Anak Bukit, Sungai Limau, Pelantik dan Bukit Pinang.

Pendang merupakan kubu kuat PAS di mana dalam pilihanraya umum 1999, kerusi Parlimen tersebut dimenangi oleh bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor.

Dr Mohd Hayati yang juga Naib Yang Dipertua PAS Pendang berkata, Parlimen Pendang mempunyai kira-kira 52,000 pengundi berdaftar - hampir 90 peratus pengundi Melayu, manakala selebihnya kaum Siam dan Cina.

Katanya, PAS Pendang kini semakin kuat kerana telah berjaya menambah ramai pengundi baru bagi menghadapi pilihanraya umum yang dijangka diadakan bila-bila masa dari sekarang.

"Orang di Pendang mula bercakap mengenai Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), walaupun telah dilancarkan sejak beberapa bulan lalu, tetapi belum menampakkan sebarang hasil.

"Pengundi juga bimbang dan marah dengan pengambilan tanah orang Melayu atas alasan pembangunan tetapi tidak menguntungkan mereka.

"Semakin banyak bendang yang selama ini menjadi sumber pendapatan utama petani telah terlepas ke tangan pihak lain," kata


No comments: