KAMI TAK PEDULI PUN , KAMI HANYA MAHU UNDI KAMU UNTUK SOKONG KAMI.- ADA BANGSA ASING NAK SOKONG ?ARWAH TOK GURU TAK AKAN BUAT MACAM INI.KERJA HADI AWANG SAJA YANG NAK MELINGKUPKAN PAS.

 

Hentikan sandiwara, hati orang bukan Islam terguris, pemimpin PKR beritahu Hadi





Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sathia Prakash Nadarajan meminta
 Abdul Hadi Awang lupakan niat untuk mendapat sokongan bukan
 Islam.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR menggesa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk berhenti bercakap mengenai hasrat mendapatkan pengundi bukan Islam pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sathia Prakash Nadarajan berkata, ini kerana kenyataan Hadi yang menuduh kononnya golongan bukan Bumiputra punca rasuah telah menguris hati masyarakat bukan Islam.

“Hentikanlah sandiwara Hadi Awang. Saya memang tidak faham mengapa sekarang Hadi ingin bercakap tentang pengundi bukan Islam.

“Bukankah beliau baru-baru ini ada mengguris hati masyarakat bukan Islam dengan menuduh kononnya golongan bukan Bumiputera iaitu bangsa lain selain Melayu Islam adalah punca rasuah dan majoriti mereka yang terlibat dalam merosakkan politik dan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Hadi telah menulis sebuah artikel yang disiarkan menerusi portal Harakahdaily mengenai ‘ Hapuskan Pemberi Rasuah’ yang mengatakan bahawa PH merupakan sebuah parti yang dikelilingi golongan pemberi rasuah.

Dalam artikel tersebut turut menyebut secara jelas bahawa golongan pemberi rasuah itu majoriti bukan Bumiputera.

Semalam, Hadi di Muktamar PAS, berkata parti itu menggunakan pendekatan bijaksana untuk menarik pengundi bukan Islam khususnya mereka yang tidak berparti mengundi calon Islam.

Hadi berkata, usaha menarik kumpulan itu untuk memilih calon Islam dari PAS bukan sesuatu yang mustahil, mengambil contoh tindakan DAP mencalonkan wakil India bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina.

Dalam pada itu, Sathia yang juga Ketua PKR Hulu Selangor mempersoalkan bagaimana Hadi boleh berfikir dapat menarik undi bukan Islam selepas membuat kenyataan seperti itu.

Beliau meminta Hadi berhenti bersandiwara berikutan rakyat juga sudah celik.

“Adakah Hadi sudah lupa. Dengan keluarkan kenyataan seperti ini, bagaimana beliau boleh bercakap untuk menarik undi yang bukan Islam.

“Kamu hina kami seteruk mungkin kemudian kamu katakan kamu yang terbaik untuk kami beri undi sekaligus beri kuasa untuk kamu memerintah,” katanya.

Sathia juga membidas tindakan Hadi yang meletakkan wakil India bagi mewakili parti itu.

Beliau menyifatkan pendekatan Hadi itu sebagai lucu.

“Hadi Awang juga di petik media mendakwa jika DAP boleh melantik India di kawasan Cina untuk sokong pengundi mengundi DAP, mengapa bukan PAS meletakkan calon lain di tempat Melayu.

“Sememangnya menyerang DAP adalah satu keperluan untuk PAS dalam memberikan fakta mereka. Kalau bukan DAP, PH menjadi sasaran. Kena tuding jari untuk tutup kelemahan,” katanya.

Sementara itu, Sathia juga berkata PAS tidak komited memperjuangkan Rang Undang Undang 355 (RUU 355) apabila sebahagian pemimpin menjadi menteri dalam kerajaan.

“PAS pernah jadi menteri undang-undang sebelum ini. Mereka ini suka bercakap sahaja.

“Asyik cakap perlu tangguh atas pelbagai alasan. Tidak pun kata perlu kuasa, bila berkuasa pun tiada apa-apa,” katanya.

PH perlu 80 kerusi Parlimen di Semenanjung bentuk kerajaan, kata Chin Tong



Timbalan Setiausaha Agung DAP Liew Chin Tong bercakap dengan penyokong di Kota Kinabalu bulan lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) perlu berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 80 daripada 165 kerusi parlimen di Semenanjung pada pilihan raya umum akan datang untuk membentuk kerajaan, kata pakar strategi DAP, Liew Chin Tong.

Liew, yang juga timbalan setiausaha agung parti berkata, PH mesti berusaha sedaya upaya untuk mencetuskan lonjakan minat pengundi dan memastikan peratusan keluar mengundi tinggi.

“Memenangi 80 dan ke atas di Semenanjung bermakna PH akan mempunyai peluang yang baik untuk membentuk kerajaan.

“Tetapi yang paling penting, PH akan dapat menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dan dengan itu, mempunyai hak untuk bersuara dalam sebarang usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam catatan di Facebook.

Majoriti dua pertiga diperlukan untuk meminda perlembagaan. Dewan Rakyat kini mempunyai 222 Ahli Parlimen.

Liew, bekas timbalan menteri pertahanan, berkata tiada satu pun daripada tiga gabungan itu berkemungkinan memenangi majoriti selesa kerana pengundi berpecah antara PH, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Paling teruk pun, PH masih boleh memenangi sekurang-kurangnya 60 kerusi, katanya.

Sejak pilihan raya umum 2013, Liew berkata, PH meletakkan sasaran untuk memenangi 100 daripada 165 kerusi. Pada 2008 dan 2013, PH hanya menang 80 kerusi.

Pada 2018, PH berjaya menggulingkan BN daripada tampuk pemerintahan selepas memenangi 98 kerusi di Semenanjung.

Semalam, FMT memetik Wong Chin Huat dari Universiti Sunway sebagai berkata, PH perlu mempersiapkan penyokongnya untuk menerima hakikat bahawa harapan terbaiknya adalah untuk menjadi rakan kongsi kanan dalam kerajaan yang turut merangkumi parti lain.

Katanya, ini akan membantu meredakan jangkaan bahawa PH akan dapat membentuk kerajaan sendiri dengan majoriti selesa pada pilihan raya umum akan datang, yang menurutnya “diimpikan” sesetengah pihak.

CUBA MENYINDIR

 

Muzamal Mus 

Pada asalnya terdapat pihak yg ingin menyindir DS Wan Azizah dengan seloka berduri, atas nasib terpaksa berjauhan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun sindiran dibalas dengan baik serta cermat. Tidak sedikit pun menunjukan kemarahan atau kekecewaan. Itulah kemurnian hati kak Wan..
Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengucapkan tahniah kepada DS Najib Razak atas membuktikan kejayaan skim Amanah Ikhtiar Malaysia yg diasaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga memberi manfaat besar buat rakyat Malaysia.


Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengucapkan tahniah kepada DS Najib Razak atas membuktikan kejayaan skim Amanah Ikhtiar Malaysia yg diasaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.



PAKATAN HARAPAN PAHANG TELAH BERSEDIA HADAPI PRU15




W.FAUDZIN


PAKATAN HARAPAN PAHANG TELAH BERSEDIA HADAPI PRU15

Pada 04 September 2022, Mesyuarat Pakatan Harapan negeri Pahang telah diadakan di Temerloh. Kesemua pimpinan utama dari parti komponen PH telah hadir.

Di dalam mesyuarat tersebut telah dilantik pimpinan baru PH di mana Pengerusinya adalah YAB Dato Seri Amirudin Shari yang juga merupakan Pengerusi MPN Keadilan Pahang. Beberapa jawatan lain juga telah dilantik bagi memperkuatkan jentera PH untuk menghadapi PRU15 tidak beberapa lama lagi.

Dua hari sebelum itu, MPN Keadilan Pahang juga telah mengadakan retreat Keadilan Pahang juga bertempat di Temerloh. Kesemua Ketua Cabang, termasuk AMK dan Wanita telah hadir.

Ini membuktikan bahawa PH Pahang begitu serius untuk menghadapi PRU15. Rakyat terutamanya di Pahang harus memberikan peluang kepada PH untuk menerajui negeri yang kaya raya ini tetapi di bawah kerajaan Umno/Bn selama ini kekayaan negeri tidak sampai kepada mereka. Rakyat negeri Pahang harus melihat bagaimana negeri Selangor dan P.Pinang yang telah diberi mandat oleh rakyat kedua negeri tersebut selama tiga penggal berturut-turut telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat mereka. Kekayaan negeri dinikmati bersama oleh rakyat.

Kini, masa untuk kita bergerak dan memberikan penerangan kepada rakyat. Keadilan telah menyelesaikan pemilihan jawatan di peringkat Cabang. Justeru itu, pemegang mandat ahli-ahli parti ini harus melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin. Begitu juga di peringkat negeri, pemegang jawatan harus bekerja keras mulai sekarang.

Saya yakin, PH Pahang mampu memberikan saingan kepada Umno/Bn dan Pas/PN di negeri ini. Rakyat perlu bangkit untuk lakukan perubahan. InsyaAllah, selagi ada kekuatan, kesihatan yang baik dan umur yang panjang, saya bersedia untuk terus berkhidmat kepada parti sebagai ahli biasa yang juga bertanggungjawab membantu parti tercinta ini. Begitu juga anda, jika anda mahu melihat negeri dan negara ini boleh ditadbir dengan baik, anda harus membantu perjuangan ini.

WFAUZDIN NS

 

KUASA WANG RINGGIT BUKANLAH JAMINAN KEHIDUPAN










Saya pernah katakan dulu. Manusia ini lumrahnya hanya setia pada yang berkuasa. Kalau sudah hilang kuasa, susah orang nak pandang dah.

Walaupun kempen berterusan dibuat di media sosial oleh team media beliau. Dengan segala propaganda, spin dan tipu daya, nampaknya ia tidak berhasil langsung. Kita mula nampak orang dah taknak sokong.

Semalam, yang hadir untuk Majlis Solidariti dengan DSNR hanya 5,000 orang. Itu di Pekan, tuan puan. Bukan di KL. Di tempat dia sendiri pun tak ramai datang.

Hari tu juga, ketika hantar memorandum kepada Agong untuk pengampunan DSNR, hanya lebih kurang 300 orang sahaja. Walaupun kempen menghasut orang turun dah dibuat beberapa minggu lalu.

Petisyan online untuk pengampunan DSNR jugak kita boleh nampak. Dah seminggu hanya 31k menyokong. Berbanding 120k membantah. 4 kali ganda bezanya.

Makanya jangan la tertipu dengan jumlah “like” dan “share” mereka. Atau ramainya akaun cytro dia. Itu semua boleh dibeli jua.

Lagi lama dia ke dalam, lagi kuranglah sokongan orang awam.

Apa yang kita belajar dalam ini gambar?

Cash is NOT King. Power and influence is!

Sebaik2 pemimpin bukanlah set2 yang guna duit dan kuasa untuk menang pilihanraya.

Tetapi mereka yang berjuang untuk anak bangsa demi hari muka.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

TOK MAT HASSAN JANGAN HERAN DENGAN PRESIDENG....


 

MOHAMAD AFENDI ABAS


Mat Hassan menipu ni! Takkanlah PAS menipu pulak? PAS kan parti Islam! Islam melarang keras umatnya menipu! Kalau yg kuat menipu tu namanya PASik bukannya Islam!

Macam baru ni muktamar parti ebai tu. KAMI  RASUAH  DAN TOLAK POLITIK WANG DAN JAWATAN. AKHIR MUKTAMAR...KITA SEBULAT SUARA MAHU KERJASAMA DENGAN UMNO....KAH..KAH...KAH

#PASik

 

ANWAR - BERTEMU PM SINGAPURA

 




Bertemu TPM Singapura Lawrence Wong

Terima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong yang kini dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia selama empat hari.

Saya ucap tahniah atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura.

Dalam pertemuan selama sejam, kami membincangkan pelbagai perkara terkait isu ekonomi, hubungan perdagangan dan kerjasama dua hala.

Kami juga menyentuh perkembangan terkini Malaysia-Singapura serta isu melibatkan rantau ini dan ASEAN.

Kami turut bersetuju bahawa hubungan Malaysia-Singapura perlu terus diperkukuh serta berganding bahu dalam pelbagai lapangan kerjasama.

 

KAH..KAH...LAWAK PAGI SELASA

 



MMMS


Ada satu parti tu, dia buat muktamar, berdegar-degar cadangan keluar. Ada bagi cadangan sanggup bersama dengan penyamun 1MDB kononnya nak mengelak musibah 22 bulan yang lebih mudarat. Mereka kata lagi ini sahaja caranya untuk mereka tawan Selangor.

Rakyat Selangor : thanks, but no thanks. Kami belum bersedia untuk terima caramel macchiato direct nego ke rumah.

 

 

HIPOKRIT ..


ZAMZURI ARDANI


Kalau DAP yang buat kenyataan ini maka ia dianggap ancaman dari musuh Islam. Bila ahli sendiri suarakan mereka anggap ianya satu keterbukaan terhadap hak bersuara.

Hypocrite pigs !!!

 



KES SRC PALING MUDAH BUKTIKAN KESALAHAN NAJIB.

 




Kes SRC Paling Mudah Buktikan Kesalahan Najib - Tommy Thomas

KERTAS siasatan kes SRC International antara lain telah mempermudahkan usaha untuk mendakwa dan membuktikan kesalahan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak, kata Tommy Thomas.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif, bekas peguam negara itu turut berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu sudahpun mengusahakan kes SRC International dan membuat kemajuan, membantu Jabatan Peguam Negara (AGC) dengan kes tersebut.

“Bayangkan DPP (timbalan pendakwa raya) dan saya sendiri sebagai peguam melihat dokumen yang diberikan oleh orang lain. Dalam kes ini, ia adalah siasatan SPRM, berbanding agensi lain.

“Dan SPRM berkata fail yang mereka sedang siasat pada masa itu adalah SRC (International). Mereka sahkan khabar angin yang tersebar di KL (Kuala Lumpur), iaitu sekitar masa salah seorang pendahulu saya, Abdul Gani Patail, yang dipecat pada Julai 2016 yang SPRM agak maju dalam menyiasat SRC, jadi ia membantu mempermudahkan kerja.

“Itu adalah faktor utama - fail itu datang kepada saya. Ternyata, SRC adalah yang paling mudah untuk dibuktikan, kerana jika anda londehkan semuanya, ia hanya kecurian RM42 juta. Jadi, mudah untuk buktikan,” katanya seperti dipetik portal tersebut.

Dua minggu lepas, Najib dimasukkan ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuannya dan mengekalkan hukuman ke atasnya dalam kes SRC International.

Dalam keputusan sebulat suara, mahkamah tertinggi memerintahkan ahli Parlimen Pekan itu memulakan hukuman penjara 12 tahun serta-merta.

Najib juga perlu membayar denda RM210 juta dan jika gagal bayar, perlu menjalani hukuman penjara lima tahun lagi.

Bekas peguam negara itu berkata terdapat terlalu banyak dokumen dalam semua kes Najib serta kes isterinya Rosmah Mansor selain kes yang dikaitkan dengan ahli politik lain.

Antaranya, Thomas menjelaskan bagaimana “penyangak” dalam SRC International berjaya mendapat pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

“Mari kita ambil wang KWAP. Seingat anda, SRC adalah sebuah syarikat dengan modal berbayar RM2. Penyangak perlu pinjam, dan oleh itu KWAP, dana pencen, disasarkan untuk beri pinjaman RM4 bilion,” katanya.

“Malah KWAP betul-betul cakap, berdasarkan risiko kredit, ia tidak boleh pinjamkan walaupun RM10 kepada syarikat iniitu kerana ia tidak ada modal berbayar dan tiada rekod prestasi.

“Itulah apabila KWAP diyakinkan (untuk beri pinjaman) dengan jaminan kerajaan, dan apabila jaminan kerajaan RM4 bilion datang, ia jadi bebas risiko. Inilah yang berlaku, RM4 bilion itu dipinjamkan oleh KWAP, bertentangan dengan jaminan kerajaan.

“Dokumen kontemporari bermaksud minit kabinet, surat yang dihantar antara SRC dan KWAP, dan minit KWAP, resolusi oleh SRC (kerana SRC adalah sebuah syarikat) dan slip pembayaran bank.

“Semua perkara ini akan disediakan oleh jurubank dan pegawai yang bekerja dalam kerajaan dan syarikat yang menjalankan tugas mereka dalam perjalanan biasa perniagaan mereka,” tambahnya.

Apabila ditanya sama ada semua dokumen dibuat untuk menyokong perjanjian itu, Thomas menjawab “Ya”.

“Mahkamah sentiasa menitik berat dokumen kontemporari kerana mahkamah menganggap bahawa, apabila orang sediaknnya, mereka, pada peringkat itu, benar.

“Mereka mungkin ada niat yang tidak jujur ​​kemudian, tetapi biasanya selamat untuk menganggap apabila seseorang mencipta dokumen, ia adalah benar dan boleh dipercayai. Sukar untuk menentang dokumen tersebut jika seseorang telah menandatanganinya,” katanya.

Telah dibangkitkan semasa rayuan SRC di Mahkamah Persekutuan yang kelulusan pinjaman RM4 bilion itu diluluskan secara dua peringkat hanya melalui sepucuk surat daripada Najib yang juga menteri kewangan ketika itu ~ The Malaysian Insight