SUMBANGAN BANJIR | ANTARA PEMIMPIN SOMBONG DENGAN PENDAKWAH 'VIRAL'



Bob Kelanang


Ustaz Ebit Liew turun menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kuala Lipis, Pahang bersama 10 buah kenderaan pacuan 4 roda. Menerusi hantaran di page Facebook beliau, menceritakan keadaan situasi banjir yang dikatakan terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini.


Sebaik tular gambar-gambar mengenai kehadiran Ustaz Ebit menyantuni mangsa banjir di Pahang itu, netizen mula membandingkan perbezaan antara ustaz selebriti itu dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah.


Gambar Nik Amar menyampaikan bantuan kepada rakyat dari dalam bot mula ditularkan di media-media sosial. Gambar yang dipercayai diambil beberapa tahun lalu itu diulang siar semula bagi rakyat menilai perbezaan antara umara’ yang sombong dan ulama’ yang ikhlas menyantuni mangsa-mangsa banjir.


Untuk rekod, Nik Amar pernah menyindir Ebit Liew dengan mengatakan “Kebaikan yang tidak berakal” apabila pendakwah itu turun menyampaikan bantuan di dalam kawasan Dun pemimpin Pas itu di Panchor. https://malaysiadateline.com/serang-bantuan-oleh-ebit-lew-netizen-serbu-fb-nik-amar/


Kerajaan AutoPilot Yang Isim Berpolitik


Mohd Mukhlis.


Dulu mereka kata jangan berpolitik waktu Covid, tapi rakyat tak lupa siapa yang gila berpolitik di Sabah sampai kes mengila jadi 2000 sehari. 


Dengan SOP yang berubah lebih cepat dari sales Shopee , kalau VIP siap boleh adjust masa kuarantin, tapi kalau kena pada marhaen, tanggal sekejap topeng pun dah kena denda dan penjara.


Semalam 2 parti yang kata jangan berpolitik masa Covid sibuk bermesyuarat bukan sebab nak fikir macam mana nak tolong rakyat yang kena buang kerja, bukan fikir macam mana nak mudah mangsa banjir, bukan fikir macam mana nak kurang beban rakyat.


Yang UMNO fikir macam mana nak lepaskan diri dari penjara dengan ugut Din Pagoh.


Yang Bersatu fikir macam mana nak berkuasa dengan sokongan senipis kulit bawang.


Lepas tu KPM dengan yakin kata sesi persekolah bermula 20 hb, tapi time buat keputusan tu waktu zaman bila, semalam pecah rekod kes tetinggi 2.6K kes dalam masa satu hari, Menteri Pendidikan legasi Hobbart entah hilang ke mana.


Menteri Kesihatan Psudoscience tak payah cerita la, muka dia hanya keluar kalau ada perayaan, maybe next apperance masa tahun baru cina.


PM tak habis-habis dengan perutusan dia, negara kena bayar 800 juta dekat Singapura pun dia buat tak tahu, malu kat negara jiran bila parlimen mereka kata contract batal sebab Malaysia tak nak tender terbuka ( nak bagi kroni)


Lagi banyak ujian dan peringatan yang Allah berikan lagilah ramai menteri-menteri ini missing in action. Sedangkan Nabi telah memberi amaran bala yang menimpa umat terdahulu adalah di sebabkan double standard dalam menghukum. 


"Sesungguhnya  yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah apabila ada orang  yang dihormati (terhormat) dari mereka mencuri, maka mereka pun  membiarkannya. Namun jika ada orang yang lemah dan hina di antara mereka  ditangkap kerana mencuri, maka dengan segera mereka melaksanakan  hukuman ke atasnya" HR. Muslim


73 jemaah menteri dalam kerajaan tidak berfungsi, semua pakat makan gaji buta. Nama gah "perikatak nasional", tapi hari-hari berpolitik, urusan kerajaan di biarkan berjalan macam autopilot. Cumanya destinasi terakhir adalah menuju gaung buta; jadi by hook or by crook ia perlu di tukar dengan kadar segera.


Mungkin SSST lupa bacakan pesanan Nabi SAW pada Din Pagoh waktu bagi sertuan tempoh hari; 


Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya kalian nanti akan sangat  bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan  menjadi penyesalan." (Riwayat Bukhari)


Dan juga hadiah bendera al-ghadr untuk mereka yang berkhianat perjanjian. 


“Bagi setiap pengkhianat perjanjian itu terdapat bendera di punggungnya  pada hari kiamat, (bendera itu) diangkat setakat mana pengkhianatannya.  Ketahuilah bahawa tiada pengkhianatan yang lebih besar daripada  pengkhianatan pemimpin orang ramai” (Sahih, riwayat Muslim)


“Bagi setiap pengkhianat perjanjian itu bendera pada hari kiamat yang  tercatat padanya “Inilah pengkhianatan si polan” (Sahih, riwayat  al-Bukhari dan Muslim)



COVID-19 PECAH REKOD LAGI, LEBAI PAS TERTUNDUK



Bob Kelanang


22 kes dalam masa 2 bulan zaman PH, dia punya meroyan Islam terancam macam nak kiamat. Mintak benda pelik-pelik macam aurat pramugarilah, hududlah, haram sekolah vernakularlah. Macam-macam fatwa dalil dari langit di petik janji dapat sertu pengkhianat.


Tapi 2,593 kes SEHARI, pecah REKOD Negara, 500 kematian siap boleh buka sempadan, sekolah pun 'proceed' macam semua dah dapat suntikan vaksin, shopping mall macam ada jualan mega, tapi masjid aje yang pakat tutup. ولعون yang pakat bising Islam terancam dulu pun duk sibuk buat rumah terbuka dan kenduri-kendara macam tiada apa-apa.


Tukang sertu dulu pun kini sibuk dengan kerja mufti cakna bab hukum poligami padahal isu yang konon-konon mustahak dulu macam sekolah vernakular masih tersegam, beer siap boleh jadi halal, judi cabutan bertuah naik 3 kali ganda, sujud dalam kuil pun kena tabayyun dan bincang secara ilmiah.


Betul kata Syeikh Said Ramadhan Al-Buuti:

“Hukumnya sama, dan dalilnya tetap sama.. yang berubah adalah cita-cita dan kepentingan mereka di dalam politik.. ”



Mengapa 10 peluru...1 kpd musuh 9 kpd pengkhianat


Norman Radzuan



PH bukan dijatuhkan oleh BN tapi pengkhianat

KITA SUDAH MENANG TAPI KITA TEWAS SEKELIP MATA


Siapa yg tidak merasalai perjuangannya di era 1998 mungkin akn berkata.. apa hebat sgtkah kalian. Seperti kita mendengar org tua2 kita bercerita kisah Jepun menjajah negara. Kita dgr dan tak ambil peduli sgt.


Rata2 pejuang melawan kezaliman ketika itu turun ke jalan raya. Ada yg ditukar tempat kerja, ada yg diberhentikan kerja oleh majikan, ada yg dipukul, ada yg dipenjarakan dan pelbagai lagi selama 6 bulan saban minggu tanpa jemu ke jalan raya.


Ada anak muda bertanya kenapa perlu berdemontrasi. Ketika itu kita tidak mampu menzahirkan kemarahan di media sosial... lalu hanya ditunjukkan di jalan raya. Hanya penulis hebat melahirkan buku. Yg lainya zaman Mahathir ketika itu pejuang atau rakyat ditutup segenap ruang demokrasi yg ada.


Pendemo ditangkap, akhbar dikawal, pemimpin2 politik ditahan dan sebagainya. Tapi kini teknologi dtg dgn pantas dan akhirnya keupayaan kerajaan BN dijatuhkan keberkesanannya 70% adalah faktor teknologi maklumat selain usaha tanpa penat pemimpin.


Sebab itu anak2 muda skg sibuk menyuruh org2 berumur ini turun, digantikan dgn pelbagai tohmahan. Sb ketika era melawan kezaliman itu mereka baru berusia 10 tahun dan ada yg baru lahir. Mereka masuk politik 5-6 tahun lalu melihat PH sudah kuat dgn penyokong. Siapa yg dipenjarakan, dipukul dan sebagainya mereka tak mahu ambil peduli... yg mereka peduli jawatan2 politik diisi oleh mereka anak2 muda.


Selepas 20 tahun dgn pelbagai kesukaran rakyat Malaysia berjaya juga menjatuhkan kerajaan 'unsinkable' BN. Sebab apa.. sebab rata2 rakyat pelbagai kaum mahu melihat Malaysia baru. Tapi di saat pengharapan tinggi menggunung...hanya dgn 22 bulan sahaja kerajaan PH dijatuhkan oleh pengkhianat2. PH jatuh bukan kerana rakyat dan bukan kerana BN tetapi kerana pengkhianat dlm PH.


Ada bertanya kpd saya kenapa saya menolak Mahathir dan penulisan saya sgt kritis terhadap Mahathir. Sebab kita semua tahu Mahathir, Muhyiddin dan Azmin adalah perancang mengkhianati mandat rakyat. Mengapa kita mahu bekerja dgn mereka sudah terbukti mengkhianat. 


20 tahun ramai pejuang2 berjuang utk membawa Malaysia baru terutamanya membasmi rasuah. Rasuah yg membuat org kaya bertambah kaya dan org miskin bertambah miskin.


Mengapa pemimpin kita membela nasib org kaya. Air Asia mahu RM 1 billion diberikan. Rakyat mahu RM 10k duit sendiri disekat. Pemimpin tidak memakai mask tidak mengapa rakyat dikenakan denda RM1k. Pemimpin curi berbillion  masih boleh ke sana sini tapi rakyat mencuri tin milo dipenjarakan.


Bila menang rakyat yakin inilah masanya nasib rakyat akn mula terbela. Tapi sayangnya Mahathir ada agenda peribadi. Pengkhianat atau org Melayu selalu sebutkan musuh dlm selimut adalah musuh paling bahaya sehingga sejarah mengatakan jatuhnya kerajaan Melaka kerana ada pengkhianat.


Kata Panglima Besar Jendral Soedirman, "Siapkan 10 peluru. 1 peluru untuk lawan dan 9 peluru untuk pengkhianat." .... sebab apa Jeneral Soedirman berkata demikian?


Sambungnya, " Kerana pengkhianat adalah musuh terbesar/sebenar agama,bangsa dan negara." Jadi kalian nilaikan sendiri maksud tersirat betapa bahaya pengkhianat kpd agama, bangsa dan negara.



UMNO NAK KEMANA.....

 Salam. 


Pagi ini...bagi membalas 'gertakan' UMNO, Yiddin memberitahu wartawan "Tidak ada sedikit pun kegusaran kepada saya, PN dan bersatu!. Pemecatan Annuar Musa tidak membolehkan kami memecat pula dia daripada jawatan Menteri. Perlu di ingat, jika UMNO enggan lagi bekerjasama dengan Bersatu (PN)..kami masih memiliki PAS, GPS serta GRS. Kami mendapat sokongan padu dari ketiga2 parti terbesar itu. Jika UMNO ingin bersama dengan PKR dan PH...saya juga pasti bahawa penyokong2 UMNO akan membantah sekeras-kerasnya. Begitu juga dengan penyokong2 PKR dan DAP yang tidak sesekali menerima 'salam perdamaian' dari UMNO. UMNO nak duduk di mana masa tu?. Hampir semua orang-orang UMNO menolak DAP dan Anwar. Amanah pula...langsung tidak ada upaya untuk membantu UMNO. Jika masing-masing tidak mempunyai majoriti, maka kami (Bersatu, PAS, GPS dan GRS) dengan mudah dapat menguasai PRU ke-15 nanti. malah, saya dengan penuh yakin memberitahu anda bahawa ada lebih dari 8 MP UMNO akan menyertai kami dalam masa yang terdekat ini. Semog semua pihak bersabar, bertenang dan bersedia dengan apa-apa pun keputusan nanti. Azmin akan membuat sidang khas media esok".


Nah, Zahid terkena tamparan sekali lagi?. UMNO pulak yang akan terus menggigit jari?. Hmmmm..permainan Politik Zahid dan UMNO yang ada sekarang ini, agak dangkal dan terkebelakang. Tetapi, di sebalik kemelut 2 parti tersebut...yang untung dan sedang berkira2 untuk terus bersandar di kerusi empuk PutraJaya tentulah PAS. Mereka hanya menunggu peluang dan menunggu keputusan 'siapa yang akan menang antara...UMNO @ Bersatu?". Menang atau kalah antara kedua2 parti tersebut, tiada bezanya bagi PAS kerana mereka memang jenis makan keliling dan lalang paling hijau dan paling lebat dekad ini.  


Zahid dan pemimpin2 UMNO perlu lebih berani dalam membuat keputusan. Seperti kata Hishamuddin semalam...."UMNO sudah perlu memilih 'kawan' untuk menghadapi PRU ke-15. UMNO tidak akan berjaya apabila bersendirian walaupun kami masih mempunyai ikatan persahabatan bersama MIC dan MCA". 


Walaupun Yiddin dengan beraninya mencatas kata2 Zahid tentang gertakan UMNO, Yiddin dan Bersatu juga perlu ingat bahawa Bersatu pun belum pernah kukuh sehingga hari ini dan Yiddin terlalu bimbang jika berlakunya pertandingan dan pertempuran di medan PRU ke-15. Yiddin sangka PAS akan setia dengan PN?. Tidak mungkin dan Yiddin dan Bersatu pasti akan tewas. Itulah yang di takuti sangat oleh PN, Bersatu dan Yiddin.


Anda semua tidak percaya? Maka percayalah dan ada bantahan tak? Tanya jer nih.


Ikhlas tapi dekat,


Mohd Asri Bakar.



PRESIDEN UMNO, KALAU MAHU MENANG PRU DAN NAK JADI PM, MESTI BERANI BERDEPAN MEDIA


Selama ini, terutama ketika era Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, mesyuarat MT UMNO yang wajib disusuli sidang medianya, ia adalah detik yang paling ditunggu-tunggu oleh para petugas media.


Ia bukan saja untuk para wartawan mendapatkan berita mengenai topik perbincangan mesyuarat, malah juga untuk mereka bertanya soalan-soalan lain berkaitan isu semasa negara.


Selalunya Tun Mahathir tidak pernah mengelak untuk menjawab apa juga pertanyaan yang dikemukakan dan dengan itu sidang media selepas mesyuarat MT UMNO adalah sesuatu yang memberi kepuasan kepada para wartawan.


Kemudian, sewaktu Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, perkara yang sama juga diteruskan, walaupun cara beliau menjawab tidaklah sehebat Tun Mahathir.


Ketika era Najib Razak, meski sidang media selepas mesyuarat MT UMNO diteruskan seperti biasa, tetapi setelah muncul isu berkaitan 1MDB seolah-olah sudah wujud sekatan-sekatan tertentu kepada media.


Difahamkan pada waktu itu bukan saja media tertentu dilarang menghadiri sidang media Najib di Bangunan PWTC, malah soalan-soalan sensitif turut dilarang untuk ditanyakan.


Hanya soalan-soalan baik dan berbau syurga saja diberitakan dibenar untuk diajukan.


Namun, di era Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO ini, walaupun banyak isu-isu panas yang timbul atau sengaja ditimbulkan, sidang media selepas mesyuarat MT UMNO sudah hilang seri dan kemeriahannya.


Ia bukanlah sangat disebabkan beliau sebagai Presiden UMNO tidak memegang jawatan Perdana Menteri, namun lebih kerana keengganan atau ketakutannya berhadapan secara terbuka dengan media.


Sudah beberapa kali tiada sidang media diadakan sebaik selesai mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikannya, sebaliknya para wartawan, setelah menunggu sekian lama dan di tengah malam pula, hanya dititipkan dengan sehelai dua kenyataan media saja.


Sesungguhnya ini adalah sesuatu memalukan, bukan saja kepada diri Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO, malah kepada UMNO itu sendiri sebagai parti yang lama, besar, pernah mentadbir negara dan masih dalam kedudukan mempunyai jumlah Ahli Parlimen terbanyak dalam kerajaan.


Kalau sekadar mahu dikeluarkan sidang media saja, lebih baiklah diberitahu awal-awal supaya petugas media tidak perlu berkumpul beramai-ramai untuk membuat liputan sehingga jauh malam.


Seperti mesyuarat MT UMNO malam tadi, setelah petugas media menunggu hampir sejam untuk membuat liputan barulah mereka dimaklumkan tiada sidang media dan hanya diberikan kenyataan media oleh Ketua Penerangan UMNO saja.


Di waktu itu, semua pemimpin UMNO malah didapati sudah meninggalkan Bangunan PWTC melalui pintu belakang.


Tidakkah ini memperlihatkan UMNO seolah-olah mempermainkan petugas media?


Sudahlah berada dalam kerajaan pintu belakang, takut berhadapan dengan media pun lari ikut pintu belakang juga!!


Kepada UMNO, khususnya Zahid Hamidi, harus beliau sedari bahawa kemampuan berhadapan dengan media, selain perlu dalam konteks menyampaikan maklumat dan keberanian berterus-terang, ia juga adalah wadah untuk menyerlahkan wibawa dan ketrampilan seseorang itu sebagai pemimpin.


Dengan beberapa kali melarikan diri atau takut berhadapan dengan media, Zahid Hamidi seolah-olah hanya mengesahkan dirinya kurang berwibawa berbanding semua Presiden UMNO sebelumnya.


Sepatutnya dengan tidak memegang jawatan Perdana Menteri, inilah peluang terbaik untuk Zahid Hamidi menunjukkan ketrampilannya yang tidak kurang berbanding semua Presiden UMNO sebelumnya, walau beliau tidak menjadi ketua kerajaan dalam waktu yang sama.


Setidak-tidaknya, selari dengan keinginan UMNO mahu PRU segera dan kembali sebagai tunjang kerajaan, ternampak jugalah wibawanya atau tergerak hati pengundi untuk menjadikannya sebagai Perdana Menteri selepas ini.


Tetapi, dengan selalu takut dan kerap lari-lari daripada media, pendirian pula banyak flip-flop, bagaimana beliau mahu memacu UMNO dan BN ke arah kemenangan melalui penampilan dirinya sebagai jenderal perang yang tentunya impian dalam hati dan ingin dikejar adalah kerusi Perdana Menteri? (Shahbudindotcom 07/01/2021)

POLITIK BANI MELAYU.


JAMZURI ARDANI


Kemahuan akar umbi Umno jelas rasanya. Mereka tidak mahu bersama PPBM. Inilah naratif yang dijaja oleh team Zahid/ Najib. Tetapi, mereka juga tidak mahu bersama Anwar dan DAP. Inilah pula naratif yang dijaja oleh team Anuar Musa dan Hishamuddin. Mereka hanya mahu kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional. PAS secara umumnya dilihat tidak mengancam Umno dari sudut pembahagian kerusi, kecuali di Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Tetapi, ini tidak bermakna kerjasama dengan PAS adalah mudah terutama dalam soal agihan kerusi dan hubungan parti itu dalam PN. PN adalah pertubuhan politik yang didaftarkan secara sah, manakala MN adalah pertubuhan yang tidak berdaftar. Bagi PAS, PPBM ibarat isteri yang sah manakala Umno hanyalah ibarat perempuan simpanan sahaja. Di Terengganu dan Kedah, adalah sukar untuk akar umbi Umno menyerahkan dominasi agihan kerusi kepada PAS.

Sekiranya Ummo dan PPBM benar-benar berkerat rotan, PAS terpaksa memilih satu antara dua. Situasi ini boleh membunuh PAS. Pertama, naratif 'kesatuan ummah' yang dicanang oleh PAS tidak pagi relevan. Kedua, pertembungan 3 penjuru di kawasan dominasi Melayu, terutama di pantai barat tidak akan memihak kepada PAS. Ketiga, PAS akan sentiasa hidup di bawah bayangan Umno atau PPBM.

Sekiranya gagasan Gabungan Besar ( Grand Coalition) berjaya direalisasikan di kalangan blok pembangkang dalam keadaan Umno, PAS, dan PPBM bertembung sesama sendiri, saya percaya mandat rakyat akan kekal bersama Pakatan Harapan dalam PRU15. Gabungan besar ini mestilah didominasikan oleh Pakatan Harapan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim.

 

Menteri digesa perjelas penamatan kemudahan jurnal perpustakaan UiTM

 


 PENTADBIR


Kami dimaklumkan bermula Januari 2021, perkhidmatan HeinOnline dan JStor telah pun ditamatkan oleh Perpustakaan UiTM seluruh negara yang mana akses kepada jurnal ini merupakan salah satu sumber rujukan mahasiswa dan tenaga pengajar UiTM.

Kami juga difahamkan bahawa penamatan ini mungkin disebabkan kekangan kewangan yang terpaksa dihadapi oleh UiTM. Adakah kekangan ini berpunca daripada pengurangan peruntukan Kerajaan sebanyak RM 129 juta kepada UiTM yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021? Jika benar, maka alasan ini tidak boleh di terima memandangkan UiTM merupakan salah satu universiti awam yang utama di Malaysia.

UiTM memiliki 35 cawangan di seluruh Malaysia yang terdiri daripada lebih 300,000 pelajar. Oleh itu, kemudahan pembelajaran dan penyelidikan ini tidak boleh dipandang enteng apatah lagi ditamatkan begitu sahaja.

Selaku alumni UiTM, kami mahukan kualiti pendidikan dan kemudahan yang disediakan oleh UiTM selama ini tidak dikompromi malah perlu ditambah baik demi kelangsungan pendidikan anak bangsa serta menjadikan UiTM sebagai universiti bertaraf dunia.

Oleh itu, kami menuntut penjelasan daripada pihak pentadbiran UiTM dan Menteri Pengajian Tinggi dengan kadar segera.

Kenyataan Bersama Oleh:

1. Nor Miswary bin Ramli

Setiausaha DAP Cawangan Shah Alam

Alumni UiTM Shah Alam

2. Farhan Haziq bin Mohamed

Setiausaha DAPSY Damansara

Alumni UiTM Shah Alam

3. Muhammad Khairil Khalid

Pengerusi Cawangan DAP Kiara

Alumni UiTM Shah Alam

4. Ahmad Afiq bin Jumhuri

Setiausaha Publisiti Cawangan DAP Kampung Tunku – SS1

Alumni UiTM Negeri Sembilan

5. Nur Rahim Bin Nasir

Setiausaha Mahasiswa Roket

AJK Cawangan DAP Kampung Tunku-SS1

Alumni UiTM Pahang

6. Aslam Ramli

AJK Cawangan DAP Kampung Tunku-SS1

Alumni UiTM Melaka

7. Muhamad Rahimi Raduan

Setiausaha Cawangan DAP Kiara

Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam

Alumni UiTM Shah Alam

8. Danish Zainudin

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Melaka

Alumni UiTM Negeri Sembilan

9. Athari bin Bahardin

Ahli DAP Cawangan Kiara

Alumni UiTM Shah Alam

10. Mohamed Yazzer Azzad bin Zainudin

Ahli DAP Cawangan Kiara

Alumni UiTM Shah Alam

11. Nurhadi Zainol

Bendahari DAPSY Damansara

Alumni UiTM Shah Alam

12. Muhammad Shahrul Bin Shahabudin

Naib Setiausaha DAP Kubu

Alumni UiTM Shah Alam



Kerajaan Muhyiddin gagal urus negara

 

Oleh Lim Guan Eng

(Setiausaha Agung DAP)

Ketidakstabilan Politik Dan Tadbir Urus Yang Lemah Ditambah Buruk Dengan Kekerapan Pertukaran Dasar Atau Kemungkiran Janji Dan Ketidakmampuan Mentadbir Oleh Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penarafan kredit negara Malaysia telah disemak turun oleh Fitch Ratings, daripada A- ke BBB + iaitu tahap yang sama dengan Indonesia, kerana ketidakstabilan politik yang kronik dan tadbir urus yang lemah.  Jelas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah kehilangan majoriti parlimennya berikutan ancaman daripada UMNO dan penarikan sokongan secara terbuka daripada beberapa Ahli Parlimen UMNO.

Ketidakstabilan politik dan tadbir urus yang lemah telah ditambah buruk dengan kekerapan pertukaran dasar atau kemungkiran janji dan ketidakmampuan mentadbir oleh kerajaan Muhyiddin.  Beberapa janji yang dimungkiri adalah seperti pelanjutan automatik moratorium pinjaman bank, pengeluaran caruman KWSP, menaikkan pembayaran bantuan bulan kebajikan masyarakat termasuk kepada penganggur kepada RM1,000, meneruskan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura (HSR) dan meneruskan  perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik.

Tadbir urus yang lemah telah menimbulkan keraguan besar mengenai komitmen Muhyiddin terhadap akauntabiliti dan ketelusan. Ini dibuktikan oleh dua perubahan dasar iaitu memilih tender secara rundingan terus berbanding tender secara terbuka, dan pelantikan ahli politik yang tidak berkelayakan untuk mengetuai atau menjadi pengarah dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dengan aset awam bernilai puluhan biliom ringgit.

Kurangnya komitmen Muhyiddin terhadap tender secara terbuka  membuka mendapat perhatian antarabangsa berikutan pendedahan Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung. Ong mengatakan bahawa sebab utama mengapa kedua-dua negara tidak dapat mencapai persetujuan  mengenai projek HSR KL-Singapura adalah kerana Malaysia ingin menyingkirkan syarikat aset tender bersama (AssetsCo).  Ong menambah bahawa melalui tender antarabangsa yang terbuka dan telus, AssetCo akan memastikan kebertanggungjawaban kepada kedua-dua negara.

Begitu juga masalah melantik ahli politik yang tidak berkelayakan untuk menggantikan profesional dalam GLC yang dibuktikan di Prasarana, di mana SPRM sedang menyiasat penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan oleh Pengerusi.  Sama ada siasatan SPRM dimulakan kerana alasan politik atau motivasi politik yang serupa akan menyebabkan SPRM menghentikan siasatan mereka, akan ditunggu-tunggu oleh orang ramai sebagai ujian kebebasan dan profesionalisme SPRM.

Pengurusan kerajaan terhadap pandemik global COVID-19, yang telah menyaksikan peningkatan jangkitan yang membimbangkan, memperlihatkan ketidakmampuan para Menteri dalam menyokong sepenuhnya wira barisan hadapan yang berjuang untuk membendung krisis kesihatan awam dengan risiko nyawa mereka. Bukan hanya Menteri Kesihatan tetapi seluruh Kabinet harus bertanggungjawab, terutama atas kelewatan untuk mendapatkan vaksin.

Pada ketika Singapura memperoleh penghantaran dan memulakan vaksinasi secara besaran, Malaysia masih perlu menunggu 2 bulan lagi. Alasan bahawa Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan seperti Singapura adalah tidak masuk akal dan tidak dapat diterima apabila kos yang terlibat adalah RM2.1 bilion.

Sebagai bekas Menteri Kewangan, izinkan saya menyatakan dengan tegas bahawa Malaysia pasti mampu menyediakan RM 2.1 bilion untuk mendapatkan penghantaran vaksin lebih awal. Keengganan kerana kedekut dan lokek untuk menyediakan RM2.1 bilion adalah kegagalan yang lebih besar dan lebih tidak kompeten daripada penurunan penarafan kredit Malaysia oleh Fitch baru-baru ini. —



KOMEN LIM KIT SIANG AMATLAH BERMAKNA

 

HAMDAN TAHA

Asalamualaikum sahabat....dah jam 7. 4 minit kira dah boleh komen sikit...

Dalam benci benci umno dan pas dan bersatu muhyuddin kepada Dap malam semalam kenyataan LKS jauh lebih baik dari pemimpin ke tiga tiga parti hebat ini...

LKS dan Dap mengajak di adakan sidang khas parlimen dengan segera supaya di putuskan di dewan parlimen bahawa PRU ke 15 tidak di adakan dalam keadaan negara dan dunia sedang di landa musibah covid 19 yang tidak ada ke sudahan lagi...

Mengajak ahli parlimen buat ketetapan tidak akan ada PRU dalam tempoh terdekat dan perlulah di habiskan sehingga 2023. Keutaman sekarang ialah tiga perkara 1. Covid 19 ke 2. Banjir dan ke 3. Berganding bahu menyelamat ekonomi negara. TAMAT

TU DARI PEMBANGKANG TU DAN DAP PULAK TU......YANG UMNO PULA DESAK ADA PRU...BLA BLA BLA....KEPUTUSAN MT TAK PAYAH UMUM PUN SEMUA KITA DAH TAHU APA KEPUTUSAN DAN JAWAPANNYA. KERANA DAH KITA LALUI BANYAK KALI DRAMA MELAYU NI....DAH LALI...

sebelum itu gabungan mp pembangkang seramai 13 orang juga telah buat kenyataan bersama menolak di adakan PRU ke 15 dalam tempoh terdekat. Membuktikan mereka matang,sebenarnya sepatutnya pembangkang yang desak di adakan pilihanraya.....sebab itu cara pembangkang....tengok annuar musa atau adam nama di jakarta masa jadi pembangkang dan PH memerintah....tiap minggu dia buat kenyataan supaya PRU ke 15 di adakan segera....dah jadi menteri lain pula kisahnya....pru bukan keutamaan....

Saya sebagai rakyat pula mahu kan pru di adakan tahun 2023.....atau 2022....

 



LENGAHKAN MASA UNTUK BELI INSURAN


Image may contain: text


BOB KELANANG


LENGAHKAN MASA UNTUK BELI INSURAN…

31 hb Januari 2021... ada 24 hari...

Ini semua satu mainan untuk lengahkan masa untuk beli insuran... betul... semua ni sekadar 'teknik pengalihan pandangan'…

Sekadar satu silap mata je...

KOH KOH KOH…

UMNO nak bagi masa DAN peluang kepada BERSATU untuk tawarkan sesuatu yang lebih menarik... sesuatu yang menang-menang buat UMNO... sesuatu yang akan berikan UMNO lebih kuasa...

KOH KOH KOH…

Lebih kuasa untuk menentukan hala tuju Perikatan Nasional...

Mungkin luorang xperasan... mungkin ramai xperasan... tapi percaturan yang UMNO buat tu aku dah boleh baca... korang ingat bodoh ker Zahid Hamidi nak 'delay'kan masa... dia ada plan besar... DAN plan besar ini melibatkan ramai warlord dalam UMNO...

Kes Annuar Musa kena pecat pun itu sekadar 'diversion' ja... kalau tak kenapa dia war2kan Anwar ada number…

KOH KOH KOH…

Kalu plan UMNO ni menjadi... bawak masuk bincang dalam Persidangan Agung UMNO (PAU)... DAN diluluskan oleh perwakilan... Zahid Hamidi akan dapat mandat besar yang xder had... DAN Zahid Hamidi akan dilihat paling layak dan memang layak jadi Presiden UMNO... DAN Najib Razak takkan berpeluang untuk amik balik slot tu...

Yang penting... bila ugutan ni menjadi... Muhyiddin Yasin dalam masa 24 hari ni akan ada banyak kali deal dengan Zahid Hamidi... so... kalu pun keputusan berpisah ngan BERSATU masa tu... tetap gak UMNO akan di depan... Perikatan Nasional xkan terbubar... tapi UMNO yang jadi tonggak... DAN Muhyiddin Yasin akan lepaskan jawatan..

YDP Agong akan bersetuju dengan cara ni... di mana Zahid Hamidi akan amik alih jawatan PM dari Muhyiddin Yasin untuk mengelak dari terpaksa membuat PRU15 dimasa Covid-19... dan UMNO akan lead semua... di mana kuasa penentu semua akan ditentukan oleh UMNO... PAS akan terpaksa ikut ATAU ditinggalkan....

UMNO + BERSATU memang tak cukup team... dan confirm PAS akan deal jugak sebab PAS ni bab cari peluang memang pandai... jadi PAS akan sanggup jadi balaci/barua/khadam janji posisi depa still dapat lagi... depa tetap akan dapat jawatan... itupon kalu nak deal ngan UMNO la... kalu tidak... yang ini maybe lawak aaa...

Aper pon... Perikatan Nasional akan tetap kekal selepas 31 Januari 2021 dan tak perlu diadakan PRU15 dalam tahun ini...

KOH KOH KOH…

Apa jadi pada Najib Razak dan Rosmah Mansor... pihak pendakwaan akan menggugurkan kes... DAN semua yang ada kes akan clear... janji depa nak bersetia dengan Zahid Hamidi...

Bab UMNO nak bekerjasama dengan PKR dan DAP... itu sekadar ajak-ajak ayam ja... sapa yang bodoh akan kena sembelih la...

KOH KOH KOH… korang tak percaya tulisan aku nih??

KOH KOH KOH… xper... masa akan menentukan... nanti boleh aku gelakkan luorang mana yang tak percaya tu…

KOH KOH KOH… jilaker

 

UMNO TIADA KEBERANIAN SEBENARNYA...

 

Dua kali  pemimpin UMNO menipu , pertama ketika Bajet belanjawan diusulkan bagi kelulusan dan kedua ketika bacaan ketiga, tiada seorang pun pemimpin UMNO yang kononnya menolak Bajet itu membuktikan keikhlasan mereka..mereka senbenarnyatidak punya keberanian. Sebab itulah DSAI dalam majlis bersama PKR wilayah , beliau menjelaskan pendirian beliau, PKR terhadap rakan sekutunya.

 Image may contain: one or more people, text that says "JANGAN LUPA MATLAMAT PERJUANGAN KEADILAN Ada anggota Keadilan yang sudah lupa. lanyut dengan pangkat dan kuasa. Nak sebut retormasi pun tak mahu. Nak jumpa reformis pun tak mahu, Tawar kontrak dan projek untuk dapat sokongan. Sama seperti perangai buruk pemimpin UMNO dulu, Kita kena sentiasa ingat. Pangkat dan jawatan yang kita ada hari ini bukan untuk memewahkan kelompok tertentu. Agenda rakyat perlu sentiasa kita angkat dan utamakan. Kita tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu atau pemimpin yangmenggunakan kedudukan untuk mengumpul kekayaan peribadi dan mengayakan kelompok tertentu."

BUKAN BUANG SAMPAH- TAPI BUANG SAKA LAM SUNGAI.....

 Image may contain: text that says "ASSALAMUALAIKUM WBT.. BERKENAAN DGN VIRAL SEBUAH KERETA BERHENTI ATAS JAMBATAN TOHOK SAMPAH KE DALAM SUNGAI. ADMIN TELAH DIHUBUNGI OLEH KELUARGA PIHAK YG DIVIRAL, BELIAU MEMOHON BERBANYAK2 MAAF.. .SEBENARNYA, MEREKA BARU BALIK DARI BERUBAT DI KUALA KRAI.. PIHAK MEREKA DISURUH OLEH PERAWAT TRADISIONAL, SUPAYA MEMBUANG BARANG SAKA" KE DLM ARUS SUNGAI YG MENGALIR.. ITU SEBABLAH KENAPA MEREKA MEMBUANG BUNGKUSAN TU KE DALAM SUNGAI MOHON SEMUA TOLONG HENTIKAN MENYEBAR DAN MEMAKI HAMUN KELUARGA TU..KASIHANILAH MEREKA. VIRAL KES ITU..MENYEBABKAN PESAKIT TU..MENANGGIS DAN KEMURUNGAN .HARAP PUAK2 KITA BOLEH FAHAM SITUASI YG MEREKA ALAMI."

KAH....PANDA MENGAWAN KOT

 Image may contain: one or more people, tree, outdoor and nature

APA TUJUAN GOLONGAN YANG MEMPERLEKEHKAN ANWAR BERKENAAN SD SEHINGGA SANGGUP CIPTA TOHMAHAN DAN FITNAH.

 

Image may contain: 1 person, text that says "ANNUAR MUSA DEDAH SD ZAHID SOKONG ANWAR"


BOB KELANANG

DS Anwar setia kepada janji. Rela dituduh penipu namun untuk dedahkan nama mereka yang ada dalam SD, tidak sekali-kali. Akhirnya orang lain yang dedahkan dan sahih DS Anwar bukan penipu.

Cuma yang menuduh sahaja yang tidak berakhlak dengan akhlak Islam. Sudahlah terbukti salah dan memfitnah DS Anwar, jangankan untuk meminta maaf, bahkan mereka cipta pula tohmahan lain.

Perlu diingat, yang mahu PH ambil alih kerajaan ini adalah puak pembenci DS Anwar sendiri. Bukan DS Anwar sangat pun. Malah mereka tergamak tuduh DS Anwar gagal sebagai Ketua Pembangkang hanya kerana gagal jatuhkan PN.

Tapi apabila terdedah DS Anwar punya cukup sokongan untuk jatuhkan PN, mereka tuduh pula DS Anwar gadaikan prinsip kerana terima sokongan UMNO. Walaupun DS Anwar telah jelaskan hanya terima mereka yang akur kepada prinsip PH.

Kalau tanpa sokongan UMNO, nak dapatkan dari mana lagi bagi cukupkan lebih 112? Bukannya mereka yang aktif menghina DS Anwar dalam socmed ini boleh beri kerusi extra pun!

Sebenarnya, mereka cuma mahu gagalkan DS Anwar dari menjadi PM. Itu sahaja. Bukan mereka kisah lagi siapa sokong. Asalkan DS Anwar cukup kerusi, maka mesti serang biar DS Anwar gagal.

Tapi kalau orang tua yang jadi pujaan mereka itu cukup kerusi, datang dari planet mana pun mesti terima. Itulah kesimpulan yang boleh aku buat. Mereka hanya mahu halang DS Anwar jadi PM.

Tapi kenapa?

Entah. Mungkin kerana ketegasan DS Anwar dalam mempertahankan integriti. Mereka ini jenis orang yang tiada kelayakan untuk pegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Kalau DS Anwar jadi PM, mereka amat pasti tidak akan dapat apa-apa.

Sedang Mahathir, maharaja kronisme di galaksi Bina Sakti ini tidak pernah kisah kelayakan calon. Asal boleh diperkuda, kamu akan kaya. Mungkin sebab itu mereka mahukan Mahathir, bukan DS Anwar.

Mudahnya begini sajalah. SD yang didedahkan oleh Annuar Musa itu sebenarnya sudah tidak punya makna lagi. Tapi kalau menjadi semula, aku rasa patut DS Anwar teruskan sahaja. Bentuk saja kerjasama dengan UMNO.

Tinggalkan sahaja mereka yang banyak bunyi itu. Mereka pun tidak signifikan kewujudannya dalam persada politik Malaysia. DS Anwar tidak akan rebah tanpa mereka. Tapi mereka yang akan lemas tanpa DS Anwar.

Aku lebih memilih PRU berbanding kerajaan SD. Tetapi jika ini caranya untuk berikan mereka pengajaran, maka teruskanlah. Biar mereka sedar yang mereka itu bukan penting mana pun.

Mungkin tulisan aku agak keras dalam kias. Tapi aku sudah bosan dengan hipokrasi mereka. Cukuplah. Mereka tidak layak berketuakan orang yang berintegriti seperti DS Anwar.

Biar mereka pergi jahanam bersama saka tua yang belum pernah puas rompak harta negara untuk kayakan keluarga dan kroninya.

Raja Gelap

 

BENDA NI KALAU DAP BUAT SAHIH KENA HENTAM, TAPI KALAU MCA BELA...DIAM BISU

 No photo description available.

LAGI RESTORAN DEKORASI KOMUNIS DIKESAN.

BELAJAR BERSYUKUR DI TANAH AIR SENDIRI......JANGAN MAINKAN ISU PERKAUMAN.

MENGAPA PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERLEPAS PANDANG?

Sebuah lagi restoran dikesan menjadikan imej-imej semasa Revolusi Kebudayaan China termasuk wajah pemimpin agung Komunis China, Mao Tse-tung sebagai dekorasi.

Restoran Austin Steambot ini terletak di 83 Jalan Mutiara Emas 10/19 Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor.

Menerusi paparan pada laman Facebook restoran itu juga didapati para pekerjanya turut berpakaian seperti tentera China semasa era Mao Tse-tung lengkap dengan topi berbucu tiga dan bintang merah.

Pendedahan menerusi aduan awam ini tidak sampai 24 jam selepas laporan Informasi Tempur berhubung dua buah restoran di Pulau Pinang yang memaparkan dekorasi berunsur komunis.

Revolusi Kebudayaan China iaitu era dimana warga China harus mematuhi aturan ketat komunisme, hanya membaca surat khabar tertentu dan harus membawa buku kecil merah berisi pernyataan dan pidato Mao Tse-tung.

Pada gambar-gambar propaganda ini menunjukkan pemuda-pemudi Tentera Merah memegang dan mengangkat buku kecil iaitu Buku Merah ideologi komunis.

Sumber: Informasi Tempur

 


NAJIB PULAIH TELINGA MACAI


RINA HAMZAH

Waf kena pulas dengan Najib, dia ingat dia bermain dengan cicak mengkarung, hahahahahahahahaha.


 Image may contain: text that says "Wan Ahmad Fayhsal 17m·c UMNO ada banyak kelompok, tetapi satu kelompok paling ketara adalah kelompok terkait kes mahkamah yang banyak memainkan peranan mendesak. Jadi ini sebenarnya perkara terselindung di sebalik kebangkitan suara akar umbi menolak BERSATU. " UMNO ada banyak kelompok, tetapi satu kelompok paling ketara adalah kelompok terkait kes mahkamah yang banyak memainkan peranan mendesak. Jadi ini sebenarnya perkara terselindung di sebalik kebangkitan suara akar umbi menolak BERSATU. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal Rabu, 6 Januari 2020"



Siapa kamu untuk perlekehkan dan menghina suara akar umbi parti UMNO seluruh negara?
Jika tiada akar umbi UMNO, mereka yang melompat pun tidak akan berjaya menjadi wakil-wakil Rakyat untuk dikutip PPBM.



ADAKAH ANWAR MENGEMIS SOKONGAN UMNO ?

 

Ramdan jamari

 

Tengah tunggu keputusan MT ke tu? Baik tidur je lah. Tak ada apa pun. Keputusan sama je. Btw DSAI tak pernah mengemis sokongan UMNO, itu fakta. Tapi UMNO sangat berharap dengan DSAI untuk jatuhkan kerajaan PN aka pengkhianat. 

UMNO berada di persimpangan jalan. Kanan, kalau bersama PKR dan DAP, pasti UMNO akan berpecah teruk. Kiri, kalau masih kekal dengan BERSATU, alamatnya terkuburlah UMNO. Bagaimana pula dengan penyokong PH? Adakah semua penyokong PH akan sokong PH bersama dengan UMNO? Ada 3 kelompok dalam PH.

Kelompok satu : boleh menerima perubahan dan politik baharu, asalkan PH yang mengetuai kerajaan. Kesan daripada politik baharu ini, melayu tidak lagi perlu takut dengan DAP terutama melayu luar bandar. Isu perkauman tidak lagi menjadi teras utama mereka. Kelompok ini lebih cenderung kepada DSAI berbanding mahathir. Bg mereka lebih baik beri peluang kpd UMNO berbanding mahathir yg telah byk diberi peluang tapi sangat menghampakan dan jelas terbukti menjadi punca kapada krisis yang tidak ada kesudahan. Kelompok ini lebih terbuka mindanya. Bg mereka, bukan semua UMNO jahat dan bg soal 'kluster' mahkamah biarlah hakim menentukan tanpa sebarang campur tangan. Kelompok ini, tidak lagi percaya kepada mahathir. Berdasarkan pengalaman dan track record, selagi hayat DSAI dikandung badan selagi itu DSAI perlu diangkat menjadi PM.

 

Kelompok dua : sebahagian pro mahathir, tidak boleh menerima UMNO. Bg mereka UMNO tidak boleh dipercayai, ibarat kata bg mereka pintu taubat sudah tertutup buat UMNO. Bg mereka jugak, UMNO adalah sejahat manusia yg tidak akan berubah buat selamanya. Kelompok ini rigid dan tidak boleh menerima perubahan. Menutup pintu rundingan dgn UMNO. Kelebihan yg ada kelompok ini, membina kekuatan sendiri dan sgt berhati-hati dgn tipu helah UMNO. Dan sebahagian kelompok ini benci DSAI. Apa yg mereka fikir dan yakin, terima UMNO sama dgn terima penyamun, walaupun bukan semua UMNO penyamun.

 

Saya berada di kelompok mana? Saya kelompok yang pertama tp berbeza sedikit pandangan iaitu sy lebih suka PN terus mentadbir sampai habis penggal. Sbb tindak tanduk Bersatu dilihat bercita-cita utk kuburkan UMNO sebelum PRU15. MUSTAHIL UMNO akan kerjasama dgn DAP sampai bila-bila. Sy pegang yg ini.

 

 


ADA LAGI CADANGAN NAK PILIHANRAYA CEPAT

 

MOHD ZAIMI SAAD

Dalam Covid tengah menjarah Malaysia, politikus sibuk nak tukar kerajaan. Bila kes jangkitan Covid dah jadi makin teruk, para politikus Untrustworthy Malay National Organization sekali lagi nak tumbangkan kerajaan dan gesa adakan PRU-15 secepat mungkin. 

Mandat rakyat konon. Xxxxxx punya manusia. Paling xxxxx Muhyiddin dan rakan-rakan. Elok-elok penjahanam Melayu nak karam dihulurnya tangan bagi nyawa. 

Eloklah pakat berkungfu sesama xxxxxxx. Geramnya hati tuhan saja yang tahu.

NAK LAGI PILIHANRAYA AWAL..?


Mohd Zaimi Saad

 Dalam Covid tengah menjarah Malaysia, politikus sibuk nak tukar kerajaan. Bila kes jangkitan Covid dah jadi makin teruk, para politikus Untrustworthy Malay National Organization sekali lagi nak tumbangkan kerajaan dan gesa adakan PRU-15 secepat mungkin. 


Mandat rakyat konon. Xxxxxx punya manusia. Paling xxxxx Muhyiddin dan rakan-rakan. Elok-elok penjahanam Melayu nak karam dihulurnya tangan bagi nyawa. 


Eloklah pakat berkungfu sesama xxxxxxx. Geramnya hati tuhan saja yang tahu.


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN UMNO.



1. KUKUHKAN KERJASAMA UMNO/LIPAS.


2. PUTUSKAN HUBUNGAN DGN BERSATU SEBAIK SAJA PRU DIUMUMKAN


3. PRU PERLU DIADAKAN SECEPAT MUNGKIN (JAN - APRIL 2021)


Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada.

RMS.