Menggapai di langit, mengakar di bumi.” Inilah falsafah yang harus mendukung sistem pendidikan negara,

 











Menggapai di langit, mengakar di bumi.” Inilah falsafah yang harus mendukung sistem pendidikan negara, yakni keberanian meneroka ufuk baharu ilmu dan teknologi, tanpa sekali-kali mengabaikan akar budaya, nilai, adab dan kemanusiaan.


Tatkala menyempurnakan Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2026 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), saya menegaskan bahawa penguasaan kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan kemahiran teknikal mutakhir merupakan tuntutan zaman. Pelaburan besar seperti RM61 bilion oleh Google serta keperluan ribuan tenaga mahir dalam industri berteknologi tinggi membuktikan betapa mendesaknya institusi pendidikan dan TVET memperkasa latihan, pengkhususan serta keterampilan anak-anak muda agar seiring dengan keperluan industri.


Namun, seperti yang diingatkan oleh pemikir Sepanyol, José Ortega y Gasset menerusi ‘The Revolt of the Masses’, kepintaran dan pengkhususan ilmu tidak sewajarnya melahirkan manusia yang kehilangan kepekaan terhadap nilai dan kemanusiaan atau apa yang disebut sebagai gejala “barbarism of specialization”.


Pendidikan harus turut mengetuk dhamir, menyuburkan akhlak dan membentuk insan yang menghormati martabat sesama manusia, tanpa mengira kaum, agama mahupun darjat.


Walhasil, cita-cita besar kita adalah mewariskan sebuah Malaysia yang maju dan berdaya saing kepada generasi muda, dengan penguasaan teknologi tercanggih, peluang pekerjaan bermutu dan upah yang lebih bermaruah, namun tetap teguh berpaut pada akar nilai, prinsip dan kemanusiaan.


#MalaysiaMADANI

#YakinMADANI




No comments: