Macam-macam cerita politik PAS ni. Dulu kata calon Perdana Menteri macam Anwar Ibrahim ada sampai tiga empat lori. Sekarang nak cari seorang pun nampaknya bukan mudah.
September tahun lalu, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin cukup yakin. Katanya, kalau setakat pemimpin yang naik kapal terbang pergi mesyuarat sana sini, PAS ada berlambak.
Siap katanya, “Bukan jenis itu yang kita cari, nak letak seorang perdana menteri memimpin, bukan jenis tu, jenis tu 3-4 lori kami boleh cari.”
Tapi hari ini lain pula ceritanya. Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari sendiri mengakui cabaran yang dihadapi PN untuk mencari calon PM yang mampu menandingi Anwar.
Kata Fadhli dalam podcast Keluar Sekejap, “Saya tidak boleh nafikan kita sedang berdepan dengan cabaran calon hendak hendak dikedepankan pada rakyat ini boleh menandingi PMX.”
Jadi orang pun tertanya-tanya. Dulu kata tiga empat lori. Sekarang nak cari seorang yang mampu menandingi Anwar pun susah. Ke mana perginya semua calon dalam lori tu?
Sampai timbul sindiran Netizen, “Lembu ke calon PAS tu?” Maklumlah, bila sebut lori banyak-banyak, orang terbayang lori angkut lembu pula.
Dalam politik, kalau sudah terlalu yakin sampai guna perumpamaan tiga empat lori, jangan terkejut apabila orang kembali bertanya di mana semua calon itu apabila pemimpin parti sendiri mengakui cabarannya.
#AhmadMursi

No comments:
Post a Comment