Sumardy Abdul Sani
BILA OTAK LETAK KAT LUTUT LOGIK AKAL SONGSANG DIA PAKAI. BILA TAK TAHU PUNCA BANJIR, JANGANLAH TERLALU YAKIN MENJADI PAKAR CUACA!
Abah Aspirasi, kau ni ingat banjir ada syarat mesti hujan lebat depan rumah baru boleh berlaku?
Di Pantai Timur banjir ketika musim tengkujuh. Di Selangor pula banjir boleh berlaku akibat limpahan sungai, hujan di kawasan hulu, air pasang besar dan sistem saliran yang tidak mampu menampung aliran air.
Kau pernah dengar istilah air dari kawasan hulu turun ke kawasan hilir?
Kadang-kadang tempat kita berdiri tak hujan setitik pun, tetapi kawasan tadahan di hulu sudah menerima hujan berjam-jam. Akhirnya kawasan kita yang menerima kesan limpahan air.
Itu asas geografi, bukannya teori politik.
Kalau setiap kali banjir kau terus kata kerajaan PH gagal, aku nak tanya, masa negeri-negeri Pantai Timur yang diperintah PAS dan BN dilanda banjir besar, adakah itu bermakna kerajaan negeri masing-masing juga gagal sepenuhnya?
Jangan gunakan kayu ukur berbeza hanya kerana negeri dan parti yang memerintah tidak sama.
Kerajaan Selangor tetap perlu bertanggungjawab memperbaiki sistem saliran, tebatan banjir dan penyelenggaraan sungai. Itu memang tanggungjawab kerajaan.
Tetapi janganlah sampai setiap kali air naik, akal pula yang surut.
Banjir itu isu pengurusan risiko dan kejuruteraan. Bukan pertandingan siapa paling pandai menyalahkan kerajaan.
Kalau nak kritik, kritik dengan ilmu. Jangan sekadar nampak air bertakung, terus keluar sijil pakar kegagalan kerajaan. 😂
Jangan sampai setiap kali air naik, akal pula yang surut.

No comments:
Post a Comment