Belum Boleh Jalani Tahanan Rumah! Wajar Tangguh Pelaksanaan Terhadap Najib -AGC‼️
Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan buat sementara waktu bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat bertarikh 18 September 2026.
Menurut AGC, timbul persoalan perundangan sama ada pembayaran denda RM50 juta hanya memenuhi komponen hukuman denda, manakala hukuman penjara bagi kes SRC International masih berjalan, atau pembayaran tersebut menyebabkan keseluruhan hukuman termasuk penjara dianggap selesai.
Isu berkenaan turut melibatkan kesan perintah Order of Discharge on Payment of Fine bertarikh 6 November 2026 yang mengarahkan Najib dilepaskan serta-merta selepas pembayaran denda RM50 juta direkodkan.
Selain itu, status baki hukuman penjara SRC International juga mempunyai implikasi terhadap pelaksanaan hukuman bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sehubungan itu, AGC berpandangan penjelasan undang-undang yang jelas dan muktamad perlu diperoleh sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Dalam tempoh penangguhan, status penahanan Najib akan dikekalkan di tempat tahanan sedia ada bagi memastikan titah pengampunan dan perintah mahkamah dilaksanakan dengan tepat serta selaras dengan kedudukan undang-undang.
Sumber: FB Jabatan Peguam Negara
Foto: Berita Harian

No comments:
Post a Comment