SEBAB TU ANWAR BANTU..STESEN BAS PUN TAK MAMPU NAK BUAT. RAKYAT KELUAR RATA NEGERI PI MEREMPAT CARI MAKAN. TAK ZALIM KA TU?

 



Cadangan Pemuda PAS Kelantan supaya Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan calon menentang kerajaan negeri pada pilihan raya akan datang mencetuskan persoalan menarik mengenai tafsiran politik terhadap nasihat ulama.






Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi, mencadangkan perkara tersebut sebagai bukti bahawa PH benar-benar menghormati pandangan Syeikh Wazir Che Awang al-Makki.


Menurutnya, jika PH menerima nasihat tokoh agama berkenaan mengenai larangan menjatuhkan kerajaan yang adil, penghormatan tersebut perlu diterjemahkan melalui tindakan.


Antara tindakan yang dicadangkan ialah tidak meletakkan calon PH menentang parti yang membentuk kerajaan Kelantan.


Namun, kalau logik itu mahu digunakan, bukankah prinsip sama juga boleh dikenakan kepada PAS di peringkat Persekutuan?


Jika PH tidak boleh mencabar kerajaan Kelantan atas alasan menghormati nasihat ulama, mengapa PAS pula boleh mencabar Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim?


Mengikut hujah yang sama, PAS juga bolehlah mempertimbangkan untuk tidak meletakkan calon Parlimen menentang PH supaya kerajaan Anwar dapat terus mentadbir.


Bukankah itu lebih konsisten?


Kalau benar mahu mengelakkan usaha menjatuhkan kerajaan yang dianggap adil, prinsip tersebut tidak sepatutnya terpakai kepada kerajaan negeri sahaja.


Apatah lagi kenyataan Syeikh Wazir dibuat dalam program yang turut dihadiri Perdana Menteri sendiri.


Namun, di sinilah pentingnya membezakan antara menjatuhkan kerajaan melalui tindakan yang tidak sah dengan mencabar kerajaan melalui pilihan raya yang diadakan mengikut Perlembagaan.


Pilihan raya merupakan proses demokrasi yang memberikan hak kepada rakyat memilih kerajaan.


Meletakkan calon untuk bertanding tidak semestinya bermaksud melakukan tindakan haram untuk menggulingkan pemerintahan.


Sebab itu, nasihat ulama tidak wajar ditafsirkan secara terpilih sehingga menghasilkan kesimpulan bahawa parti lawan tidak boleh bertanding.


Kalau PH diminta tidak mencabar PAS di Kelantan, PAS juga perlu bersedia menerima soalan mengapa parti itu masih mahu mencabar PH di peringkat Persekutuan.


Jika Pemuda PAS berpendapat kerajaan negeri perlu diberikan ruang mentadbir tanpa dicabar, bukankah kerajaan pusat juga boleh menuntut layanan yang sama?


Atau penghormatan terhadap kerajaan hanya terpakai apabila PAS menjadi pihak yang memerintah?


Akhirnya, persaingan pilihan raya sepatutnya berlangsung secara sihat dengan rakyat diberikan kebebasan membuat keputusan.


Kerajaan negeri dan Persekutuan sama-sama perlu dinilai berdasarkan prestasi, dasar serta kemampuan menjaga kebajikan rakyat.


Kalau Pemuda PAS mahu menjadikan kenyataan Syeikh Wazir sebagai alasan PH tidak bertanding di Kelantan, jangan terkejut jika ada pihak menggunakan hujah yang sama untuk meminta PAS tidak bertanding kerusi Parlimen.


Biar Anwar terus menjadi Perdana Menteri tanpa dicabar.


Adil, bukan?





No comments: