MELAKA BIAR BERMARUAH

 


Melaka punyai sejarah panjang sebagai pusat perdagangan dan menjadi titik temu











pelbagai bangsa serta peradaban. Semangat keterbukaan, kebersamaan dan kemajuan inilah yang harus terus disemarakkan dalam usaha membina masa depan negeri dan negara.





Bersama masyarakat Paya Rumput malam ini berkempen untuk calon no 3 dari Pakatan Harapan saudara Azman Abidin, saya menegaskan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada keupayaan kita merangkul kepelbagaian sebagai sumber kekuatan, bukan menjadikannya alasan untuk berbalah dan berpecah. Dalam dunia yang semakin bergolak, keamanan dan kestabilan yang kita kecapi merupakan nikmat besar yang mesti dipelihara.


Namun, ukuran sebenar kejayaan ialah apabila anak-anak kita mendapat pendidikan yang sempurna, keluarga terbela daripada jerih payah kehidupan dan kekayaan negara mesti dinikmati semua. Sebab itu, saya akan terus tegas melawan rasuah dan segala bentuk penyelewengan, kerana amanah rakyat bukan untuk diperdagangkan demi kepentingan peribadi.


Walhasil, saya meyakini Melaka mampu melangkah lebih jauh sekiranya kita memilih untuk berpaut pada nilai kejujuran, muafakat dan tanggungjawab bersama. Yang kita perjuangkan bukan sekadar kejayaan hari ini, tetapi sebuah tatanan yang lebih bermaruah untuk diwariskan kepada generasi akan datang.


#PakatanHarapan 

#MelakaRumahKita





No comments: