NIAT NAK DAPAT PUJIAN TAPI KENA KUTUK.



 Niat asal nak puji Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tetapi ruangan komen pula bertukar menjadi tempat netizen bergurau tentang perbandingan dengan pemimpin luar negara.






Semuanya bermula apabila akaun Threads @presidentcore38 yang dikenali sebagai penyokong kuat Zahid berkongsi gambar beliau ketika menyampaikan syarahan kepada mahasiswa UiTM Lendu, Melaka.


“Betul lah orang kata Dato’ Seri ni Barrack Obama Malaysia,” tulis akaun tersebut.


Bukan setakat memuji, akaun berkenaan turut menyatakan rasa terpegun mendengar syarahan Zahid dan mengajak universiti lain menjemput beliau.


Namun, gelaran Obama Malaysia itu nampaknya tidak diterima bulat-bulat oleh pengguna Threads.


Ada yang terus membandingkan Zahid dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.


“Style la PRABOWO dtg uitm lendu,” sindir seorang netizen.


Seorang lagi hanya menulis, “Prabowo 2.0”.


Lebih mencuit hati, ada yang mempersoalkan apa sebenarnya persamaan Zahid dengan bekas Presiden Amerika Syarikat itu.


“Agak-agak la nak samakan 47 ni dgn Barrack Obama,” tulis seorang pengguna.


Tidak kurang juga yang berseloroh bahawa kalau sekadar berdiri menyampaikan ceramah sudah boleh digelar Obama, ramai pensyarah dan guru pun layak mendapat gelaran sama.


Ada pula yang mempersoalkan dakwaan mahasiswa terpegun, kerana pada pandangan mereka wajah sebahagian pelajar dalam gambar tidak menggambarkan reaksi sedemikian.


Hantaran berkenaan mencatatkan lebih 65,000 tontonan ketika tangkap layar diambil, dengan pelbagai reaksi memenuhi ruangan komen.


Apa pun, akaun penyokong Zahid itu nampaknya berjaya mencetuskan perbualan hangat.


Niat nak angkat Zahid sebagai Obama Malaysia, tetapi netizen pula lebih sibuk mencari persamaan dengan Prabowo!


- Unofficial Info




No comments: