*******
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencabar menteri yang menyerang kerajaan ketika berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka supaya menyuarakan pandangan mereka dalam mesyuarat kabinet hari ini.
Dia mengingatkan rakan politiknya itu turut memegang jawatan dalam kerajaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri lain.
"Ini kawan-kawan saya dalam kerajaan, masa kempen dia serang. Tapi dalam kerajaan dia ada timbalan perdana menteri, ada menteri itu, menteri ini.
"Kalau ada setuju, tak setuju cakap dalam cabinet Besok (Jumaat) pagi, 9 pagi bikin. 9 sampai 12.30, tiga jam. Cakaplah!" kata perdana menteri semasa majlis makan malam kempen DAP sempena PRN Melaka malam tadi.
- Malaysiakini

No comments:
Post a Comment