Mohd Mujahid
Secara asasnya kuasa Raja dalam hal pentadbiran (Bahagian Kedua UUTKNS) adalah Kuasa atas nasihat MB dan EXCO.
Kuasa Raja dalam Perkara 38(5) UUTKNS perlu dibaca sekali dengan Perkara 38(4).
Kuasa Raja memperkenankan tempoh perjawatan EXCO dalam Perkara 38(5) UUTKNS ni adalah hanya terpakai sekiranya Menteri Besar telah kehilangan sokongan majoriti (Undi tak percaya), atau berhenti sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 38(4).
Jika tidak berlaku keadaan yang dinyatakan dalam Perkara 38(4) tersebut maka Raja tidak boleh menjalankan kuasanya sepertimana dalam Perkara 38(5).
Dalam keadaan MB masih ada, kedudukan EXCO adalah ditentukan atas nasihat MB. Maka pemecatan EXCO tersebut jika dibuat tanpa nasihat MB, maka secara undang-undangnya adalah khilaf dan tidak berpelembagaan serta tiada kuatkuasa.
c/p fb Lawyer Amir Azmi

No comments:
Post a Comment