KALAU RAJA RAJA MELAYU MACAM INI DITENTANGNYA...MACAMANA RAKYAT..???

 



Nazri Hamdan


Menteri Besar Ismail Lasim menolak pembatalan pelantikan semua Exco oleh Tuanku Muhriz. 






Ismail menegaskan barisan Exco sedia ada masih sah kerana beliau tidak pernah menasihati Yang di-Pertuan Besar supaya menamatkan pelantikan mereka. 


Beliau juga tidak bercadang mengemukakan senarai Exco baharu seperti yang diminta pihak istana.


Pertikaian ini berpunca daripada tafsiran berbeza terhadap Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. 


Pihak istana menekankan bahawa seseorang Exco memegang jawatan selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar. 


Ismail pula berhujah bahawa pembatalan pelantikan hanya boleh dibuat atas nasihat Menteri Besar. 


Kedua-dua pihak merujuk peruntukan yang sama, tetapi sampai kepada kesimpulan yang bertentangan.


Kesannya, Negeri Sembilan kini seolah-olah mempunyai dua versi pentadbiran. 


Menurut pihak istana, kesemua Exco sudah ditamatkan dan perlu digantikan. 


Akan tetapi! menurut Menteri Besar, mereka masih memegang jawatan dan boleh terus menjalankan tugas.


Keadaan ini boleh menyebabkan sebarang keputusan Exco mengenai tanah, pelaburan, perumahan atau projek pembangunan dipersoalkan dari segi kuasa dan kesahannya.


Ismail mungkin mempunyai hujah perlembagaan yang perlu dinilai. 


Akan tetapi, beliau tidak boleh membiarkan pertikaian ini tergantung terlalu lama kerana rakyat dan pelabur memerlukan kepastian. 


Jika rundingan dengan pihak istana gagal, jalan paling selamat ialah membawa persoalan tersebut ke mahkamah untuk mendapatkan tafsiran muktamad. 


Lagi lama dua pihak mendakwa mempunyai kuasa yang sah, lagi besar risiko pentadbiran negeri menjadi lumpuh.





No comments: