‘Yang nak turunkan Yamtuan pun orang kita juga…’ – Peguam tempelak KP Pas

 


Peguam dan aktivis, Liyana Marzuki menempelak kenyataan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang disiarkan di Harakah Daily, yang menyalahkan DAP dalam isu institusi Adat di Negeri Sembilan.

Liyana mengingatkan Afnan supaya tidak memainkan naratif perkauman dalam isu itu kerana yang mahu menurunkan Yang di-Pertuan Besar bukanlah bangsa lain, sebaliknya orang Melayu sendiri.

“Yang nak turunkan dan “pecat” Yamtuan tu orang kita, bukan bangsa lain pun

“Main naratif bangsa ni tak ke mana. Pengundi nanti akan nilai apa yang anda boleh buat pada negara,” katanya dalam satu respon di Facebook malam tadi.

Beliau merujuk kepada kenyataan disiarkan lidah rasmi Pas, yang mendakwa sejak DAP berada dalam kerajaan negeri, kedudukan Institusi Adat di Negeri Sembilan sering berdepan pelbagai konflik sehingga mencetuskan pertembungan melibatkan Undang Yang Empat.

“Bacalah komen dalam hantaran ni oleh Harakah. Tunjukkan sentimen bangsa orang dah bosan dah. 

“Ini bahana anda terlampau gunakan hantu dalam politik. Akhirnya, orang dah tak takut sudah. Jangan sampai orang sedar anda yang hantu sebenarnya,” ujarnya lagi.





No comments: