Menarik perkongsian seorang sahabat Facebook saya, berkaitan US minta Malaysia tarik balik dasar anti-semitik.
"Lapan ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dilaporkan menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, menggesa Malaysia mengubah apa yang mereka dakwa sebagai dasar "anti-Semitik" dalam tempoh 15 hari"
Apa SEBENARNYA yang berlaku ?
Jika merujuk laman seperti Malaysiakini - 8 ahli Dewan Perwakilan AS (House of Representatives) hantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.
Dalam surat tu mereka dakwa Malaysia ada dasar "anti-Semitik" dan bagi tempoh 15 hari untuk Malaysia ubah dasar tu.
Kalau tak, mereka cadang AS gantung dana latihan ketenteraan IMET untuk Malaysia.
Puncanya dikatakan ia berkaitan kenyataan PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas, yang kata Malaysia akan ambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana warga Israel yang buat jenayah di Malaysia, kenyataan tu keluar selepas isu beberapa warga 1z-rohell ditahan di KL.
Kumpulan Kongres tu spin kenyataan tu sebagai anti-Semitik / diskriminasi terhadap warga 1z-rohell. Macam jelas dah ahli senat tu siapakah mereka 😏
Apa itu IMET yang nak digantung tu ?
IMET = International Military Education and Training. Ini program AS yang bagi pegawai tentera negara luar belajar di akademi tentera AS. Kos dia kecil saja, tapi impak besar untuk hubungan ketenteraan.
Objektif dia sendiri kata, untuk stabilkan rantau melalui hubungan ketenteraan, dan dedahkan pelatih kepada nilai demokrasi AS.
Untuk Malaysia, lebih 1,500 anggota pertahanan Malaysia pernah dapat manfaat dari program IMET ni selama ni. Nilai dia dalam beberapa juta USD saja setahun, bukan bantuan senjata besar.
TIDAK perlu panik sangat 😁
Ini bukan dasar rasmi Washington. Surat tu hanya dari 8 ahli Kongres, bukan dari Jabatan Negara AS atau White House. Di AS, ahli Kongres selalu hantar surat desakan macam ni, minggu lepas pun kumpulan sama hantar surat hampir sama ayatnya pasal Colombia, tuduh presiden Colombia anti-Semitik juga.
Tiada keputusan rasmi lagi.
Seperti yang dilaporkan media, setakat hari ni tiada pengumuman rasmi dari Marco Rubio atau State Department untuk gantung IMET Malaysia.
Malaysia memang dari dulu tak ada hubungan dengan 1z-rohell. Dasar Malaysia bukan baru, kita tak iktiraf 1z-rohell sejak 1957, pasport Malaysia tulis "tidak sah untuk 1z-rohell". Itu dasar luar pro-P4L3st1n, bukan anti kaum Yahudi. Kerajaan Malaysia bezakan anti-Z10n1sm3 / anti kekejaman di G4z4 dengan anti-Semitik.
Kepentingan AS di Malaysia lebih besar dari IMET. Malaysia bagi akses port, ruang udara, latihan jungle warfare untuk US Navy SEALs dua kali setahun, dan terletak di Selat Melaka. Sebab tu AS susah nak putus hubungan ketenteraan terus.
Ini tekanan politik lobi pro-1zrohell di Kongres selepas kenyataan Malaysia yang lantang berkaitan G4z4. Mereka guna IMET sebagai ugutan leverage. Tapi selagi State Department tak keluarkan arahan rasmi, ia masih kekal sebagai gesaan politik, belum jadi dasar.
Kalau nak jadi isu besar, dia kena lulus di peringkat Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan State Department, proses tu ambil bulan, bukan 15 hari.
Begitulah...
Oleh Salman Al Farisy
Photo : US Embassy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG


No comments:
Post a Comment