
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri siri program kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan ke-16 pada 22 Julai 2026. Foto PMO
SEREMBAN, 21 Jul – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri siri program kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan ke-16 di beberapa lokasi sekitar Seremban dan Paroi esok.
Menerusi hantaran di media sosial, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu akan memulakan program pada 4 petang menerusi sesi Santai Petang Bersama Warga Ampangan di Benteng @ Medan Selera Ampangan.
Beliau juga dijadual menghadiri Program Jelajah Rakan Muda di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan (KOMBES), Paroi pada 5 petang.
Pada sebelah malam, Presiden KEADILAN itu akan menghadiri Majlis Makan Malam Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat di Taman Sri Penaga pada 8 malam sebelum menyertai Ceramah Perdana Pakatan Harapan DUN Paroi di Taipan 2, Pusat Bandar Senawang.
Ini kali pertama Anwar ke Negeri Sembilan untuk menyertai kempen di negeri ini sejak penamaan calon dilaksanakan pada 18 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Julai ini sebagai pengundian awal bagi PRU Negeri Sembilan manakala hari mengundi pada 1 Ogos.

No comments:
Post a Comment