Dakwaan ini sering diulang dalam ceramah politik. Namun apabila melihat kepada peruntukan dan dasar kerajaan, gambarannya jauh berbeza.
Antara usaha yang telah dilaksanakan ialah:
✅ RM2.6 bilion diperuntukkan bagi memperkasa syiar Islam dalam Belanjawan 2026.
✅ RM150 juta disediakan untuk menaik taraf sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan institusi pondok, termasuk menggantikan kemudahan yang uzur.
✅ Program TVET Tahfiz diteruskan bagi melahirkan huffaz berkemahiran, termasuk latihan profesional kepada pelajar tahfiz.
✅ Bantuan kepada rakyat majoritinya turut diteruskan melalui STR, SARA, pelarasan gaji penjawat awam, subsidi bersasar, bantuan pesawah, nelayan dan usahawan Bumiputera, yang sebahagian besarnya memberi manfaat kepada masyarakat Melayu.
Perbezaan pandangan politik adalah perkara biasa. Namun dakwaan bahawa kerajaan "langsung tidak menjaga Melayu dan Islam" perlu dinilai berdasarkan rekod pentadbiran dan angka sebenar, bukan sekadar retorik.

No comments:
Post a Comment